center

Monday, December 26, 2011

5S

Ni kursus terbaru untuk company aku.. Actually kursus ni dah setlle jumaat lepas.. Xsempat nak upload, harini macam ada masa sikit so aku update la entry ni..

Actually kursus ni berkaitan dengan 5S (sisih, susun, sapu, seragam, sentiasa amal). Semua orang tau kan konsep 5S ni. Xde apa yang menarik, sama jer macam kursus2 yang lain... Tapi harap2 semua orang kat kilang aku ni dapatlah mempraktikkan apa yang telah diajar. Konsep untuk mejayakan 5S ni bermula dari diri kita sendiri.

Ni adalah logo 5S yang telah ditempah khas untuk company aku. Cantik x? Ini adalah rekaan dari Kak Ain iaitu orang yang aku buat tempahan ni. Actually dia ni kawan aku masa sekolah dulu. Sekarang ni dia ada buka perniagaan untuk cenderahati & printing. So aku mintalah dia design kan dan inilah hasilnya.

Apapun aku n kawan2 sangat enjoy sangat menghadiri kursus ni. Sekarang ni setiap orang telah dibahagi2 kan zon untuk menjaga kebersihan. Zon aku senang jer.. Xteruk sangat. Aku plak jadi leader bahagian zon, berat jugak tanggungjawab tu. Xpelah, buat jer.. Untung2 ada rezeki dapat naik gaji.. hehehe...




Wednesday, December 14, 2011

Majlis Kahwin - Zaharah


Ha ni dia gambar masa majlis rumah Zaharah. Cantikkan pengantin tu.
Masa sampai ni xde sapapun kawan2 yang ada. Masa ni aku gi ngan husband jer.
Budak kecik tu xikut sebab dia tengah tido, so aku pun tinggal jelah kat umah mak mertua aku yang kebetulan ada buat kenduri. Di sebabkan xramai orang si dapatlah berposing dengan pengantin sekejap.


Ni plak gambar kat pelamin. Sebelah pengantin lelaki tu kawan Efanatrah. Kitaorang ni kawan2 masa sekolah kat Tun Perak dulu. Kebetulan terjumpa Efa kat sana.
Efa ni pun nak kahwin jugak tahun depan bulan 3. Tunggu jelah kad dia sampai.


Lepas kitaorang bergambar ni terus balik. Aku ada hal, Efa pun ada hal. Tapi masa makan sempat jugaklah borak2. Kawan2 yang lain xde nampak pun. Maby selepas or sebelum aku sampai dah ada yang datang.
P/S: Untuk Ibu Humaira, xde rezeki kita nak jumpa la. Insyallah lain hari dapat jugak kita jumpa.

Tuesday, November 29, 2011

Majlis Kahwin - Amal


Nilah gambar masa gi keje kahwin rumah kawan aku Faridah Al-Akmal. Masa ni aku gi ngan Nadia Fasha. Yang diri sebelah aku pakai baju biru tu. Kat sana jumpa plak dengan Farahida, yang sebelah Nadia tu yang pakai baju warna ungu. Kitaorang ni semua satu sekolah masa kat Tun Perak dulu.

Tak dapat nak snap gambar banyak sebab sibuk sangat bergosip, sampai terlupa plak nak bergambar. Bila dah berjumpa ni macam2 lah citer yang kuar. Nasib baiklah aku x pegi ngan husband kalo tak jangan haraplah dapat bergosip. huhuhu..

Okaylah next month banyak lagi majlis kahwin kawan2 aku. Masa tu dapatlah jumpa kawan2 lama. Bleh bergosip lagi... Hahaha...

Thursday, November 17, 2011

Alahai Hakimi!!!


Tengok ni, entah sapa yang ajar dia pergi susun semua kerusi meja makan. Pastu dia bleh plak berdiri kat atas tu.. Mama xperasan pun.. Papa yang bising2..Mama terleka tengok tv.


Tengok lah muka dia mcm seronok jer dapat buat macam tu.


Masa ni papa marah dia suruh turun dari kerusi tu, tapi mulut dia plak yang bising. Dia bleh marah kita balik. Masa dia dah siap susun kerusi ni dia kata "mama, bas mama".

Ni lah dia Luqman Hakimi. Ada jer benda yang dia nak buat. Bukan apa mama takut dia jatuh. Yelah siap bleh berdiri lagi kat situ. Lagi plak kadang-kadang bila dia memanjat siap bleh menari2 lagi. Alahai anak mama!!!!

Monday, November 14, 2011

Kursus Punya Cerita

Hari sabtu lepas kan aku gi kursus yang aku citer tu.. Patutnya hari sabtu dan ahad tapi disebabkan hari ahad ramai yang taknak datang jadinya di postpone lah pada minggu ni. Bleh plak mcm tu erk.. Yelah hari ahad kan hari untuk keluarga ni plak kena dok dengar orang membebel jer. Xtau lah kena pergi lagi ke x.. Harap2 xpayah lah pergi.. Sungguh membosankan..



Ha, ni tajuk yang dibincangkan masa hari sabtu tu. Human Resource Management. Ni memang aku punya bahagian lah. So kena concentrate sikit walaupun bosan yang amat2..


Yang ni plak tajuk untuk hari ahad tapi disebabkan telah dibatalkan so mungkin tajuk ni akan dibincangkan pada minggu ni kot.

Harap-harap lah nama aku xtersenarai lagi.. Kalo gi kursus lepas tu ada kenaikan gaji aku ok jer. Tapi ni xde pun.. Apapun ilmu yang aku dapat akan aku gunakan sepenuhnya.. Terima kasih bos sebab sponsor aku gi kursus tu.. Mahal tau kursus tu, satu kepala RM2000.. Mahal kan.. 


Thursday, November 10, 2011

BosanNya....

Hari ni hari jumaat..Esok sabtu dan ahad ada kursus...Aduh bosannya.. Ini bermaksud minggu ni kena kerja 7 hari seminggu.. Kenapalah penganjur tu buat sabtu dan ahad.. Kalo buat jumaat dan sabtu ok lagilah.. Rasa macam malas jer nak pergi tapi kena pergi juga. Esok boleh xde hal, tapi hari ahad tu berat sikit lah.. Hari minggu biasanya kan untuk family, tapi minggu ni kena gi kursus pulak.
Bosan, bosan, bosan..

Sunday, October 30, 2011

Birthday Party Luqman Hakimi ke-2

Entry lepas mama ada cakap nak buat birthday party untuk si comel mama ni kan. Okay hari sabtu malam ahad lepas mama pun buatlah. Alhamdulillah ramai yang datang meraikan hari tersebut. Okaylah malas nak citer banyak-banyak, korang layan je lah gambar ni. Tapi abaikan gambar-gambar muka mama yang serabai tu yer. Xsempat nak mekap-mekap. Banyak benda nak uruskan.


Ni gambar papa tengah bakar sate. Papa pun busy jugak malam tu. Sampai xde masa nak layan tetamu. Sebelah papa tu Cik Pie (adik pada abah mama), kitaorang tempah sate ni dari dia lah. Sedap tau sate dia.



Ni pulak gambar mama, akim n abang ipar mama. Pak long akim ni jaga bahagian otak-otak kat majlis ni. Semua otak-otak dia yang bakar. Otak-otak ni pun kirim beli ngan dia kat kempas. Otak-otak ni pun sedap jugak, almaklumlah ota-otak kempas. Memang power.



Ni dia kek harijadi Akim. No.2 simbol kepada umur 2 tahun. Masa 1 tahun pun mama guna no.1. Mama akan gunakan simbol nombor untuk kek harijadi akim.



Masa ni akim dok sibuk nak gi ambik kereta n kartun doraemon yang ada kat kek tu. Sebab tu tangan dia papa pegang.



Acara tiup lilin. Bukan anak yang tiup tapi papa dia plak.



Tiba acara kemuncak potong kek.

Okay sebenarnya banyak lagi gmbar sepanjang majlis tu tapi ni jelah yang masuk kat sini. Yang lain nak upload kat FB plak. Apapun happy sangat malam tu. Tetamu pun ramai sangat. Alhamdulillah. Harap-harap lepas ni mama berkesempatan dan berpeluang nak menyambut harijadi Akim lagi. Tunggu kemunculan kek nombor 3 plak erk.

Thursday, October 27, 2011

HAPPY BIRTHDY to My Lovely Son


Hari ni harijadi Muhammad Luqman Hakimi yang ke-2. Mama doakan anak mama ni semoga panjang umur murah rezeki, ditetapkan iman dan moga2 menjadi anak yang soleh.
Sekejap je masa berlalu kini anak mama dah genap 2 tahun. Tapi harini anak mama ni xde kat umah, dia balik umah atok dia hari rabu semalam. Xpelah esok kita jumpa yer. Lagipun esok mama ada buat majlis sikit untuk akim. Yelah sementara anak bari sorang ni dapatlah buat, kalo dah 2 or 3 orang nanti xdapatlah nak buat setiap tahun. Masa umur dia setahun pun mama buat dan tahun ni ada lagi rezeki lebih mama ngan papa pun decide nak buat jugak. Alhamdulillah semoga rezeki anak mama ni bertambah2 yer.

Thanks to ANMUM



Hari selasa aku dapat 5 kotak susu anmum 500gram secara percuma. Sebabnya aku tukar pencedok susu tu. Thank to ANMUM sebab buat promotions macam tu. Ni yang aku makin seronok nak guna terus susu ANMUM ni. Semua pencedok susu aku simpan samapaikan hari tu ada promotion terus aku tukar semua. Jumlah maximum tukar hanyalah untuk 5 kotak sahaja. Ngan2 pencedok susu tu untuk tkr 5 kotak. Aku pun terus jelah hantar kat tempat nak tebus tu. Tup2 hari selasa ada parcel datang aku ingatkan apa rupa2nya susu tu dah sampai. Aku hantar dah lama sampai dah terlupa dah. Nasib baik dapat jugak. Tarikh promotion belum habis kat umah dah ada lagi pencedok, blehla tukar lagi. Untung2 dapat lagi. Tapi lepas ni nak guna nama my hubby plak sebab satu nama cuma bleh tebus untuk 5 kotak sahaja. Kepada sesiapa yang masih mencari susu untuk si manja anda blehlah try ANMUM ni. Actually aky memang dari menagndung lagi dah guna susu ANMUM ni. Dari ANMUM Materna sehinggalah sekarang ANMUM Essential langkah 3. Lepas ni pun akan teruskan guna ANMUM jugak. Finally, THANKS TO ANMUM.

Friday, October 21, 2011

HAri Sabtu

Hari ni hari sabtu 22 oktober 2011. Patutnya hari sabtu aku cuti tapi harini kena kerja plak.. Aduh bosannya.. Ni dah separuh hari aku kerja, kalo rajin sampailah petang tapi kalo malas kejap-kejap lagi aku blah lah..
Disebabkan kerja yang terlalu banyak dan oleh kerana company aku ni nak tukar sistem baru sebab tu lah aku kena kerja hari ini.. Terlalu banyak data yang kena masukkan dalam komputer.. Kesian kat my hubby kat umah kena jaga anak.. Xpelah bukan selalu pun kan.. hahahha..
Entry ni xde apapun saje jer nak update sebab dah lama sangat x update..
Okaylah bye2.. Nak sambung buat keje..

Monday, October 3, 2011

KIsah Malam Tadi

Sory ye semua...Just nak share kesedihan saya malam tadi.. Malam tadi akim jatuh dari buai.. Ya Allah punyalah terkejut masa tu.. Dia dah tido, Akim ni kalo nak tido mesti kena buai dulu dah tido baru angkat kat katil.. Xtau mcm mn dia bleh bangun n terus duduk. Disebabkan keadaan yang x stabil tu yang dia jatuh.. Yang buatkan aku terlalu sedih, kepala dia yang jatuh dulu n terhantuk kat atas simen.. Bunyi kuat sangat masa tu. Aku takut sangat, nasib baik dia nangis sekejap jer.
Tapi aku yang nangis lebih2 plak.. Bukan apa, sedih sangat sebab hentakan tu macam kuat sebab bunyi dia jatuh kuat sangat. Harap2 xde apalah yang berlaku ye nak.. Mama doakan anak mama ni sentiasa sihat selalu.. Harap2 xdelah kesan sampingan. Bukan apa, sebab melibatkan kepala. Tu yang buat aku takut sangat.. Hati mama ni x tenteram selepas kejadian malam tadi. Harini mama xde mood nak keje.. Rasa macam nak balik je tengok keadaan akim. Tapi masa hantar dia pagi tadi ok jer.. Macam hari2 biasa. Cuma mama ni jer yang terlebih risau.. Harap2 semuanya okay..

Thursday, September 29, 2011

Asam Pedas Ikan Kembung campur Bendi

Baca tajuk dah tau apa aku nak citer kan.. Okaylah, ni menu aku masak malam tadi untuk my hubby.. Aku xmakan tau, takut gemuk makan malam (poyo je kan).Xmakan malam pun still masih gemuk..
Oleh kerana malam tadi si kecil ku buat perangai mengada-ngada dia, jadinya ini je lah juadah dapat ku siapkan untuk my hubby tersayang. Biasanya aku akan masak at least pun ada dua jenis lauk. Tapi disebabkan kesuntukan masa aku cuma masak satu jenis jer tapi siap dengan sayur sekali.
My hubby makan dengan begitu berselera sekali. Yang sebenarnya dia memang makan banyak pun, xkisah pun lauk apa jer. Semua dia makan. My hubby ni memang xcerewet bab makanan ni. Masak apa jer pun dia akan makan dengan berselera sekali. Okay layan picture kat bawah ni erk..

Dah Berjaya

Hai... Rentetan entry sebelum ni.. Sekarang gambar dah bleh upload.. Blehla lepas ni selalu ber blog.. Dapat masuk gambar ni semangat sikit... Oklah malas nak cakap banyak.. Enjoy gambar kat bawah ni erk.. Ni semua adalah gambar2 yg pending selama ni... Semua diambil pada hari raya..


Gambar ni masa malam raya pertama. Beraya ke rumah Pak Itam my hubby kat Felda Lenga.. Susah betul nak snap gambar.. Budak kecik tu dah macam ulat, tak reti duduk diam.. Ni je satu2nya gambar yang dapat bergambar bertiga...



Ni gambar si kecik yang nakal. Dia nak mengaji lah.. Masa ni kat umah atok dia kat felda Lenga...



Ni sehari sebelum raya, kitaorang semua bertungkus lumus membuat dodol.. Dodol ni adalah resepi istimewa keluarga mertuaku.. Memang tiap2 tahun kitaorang menggodak dodol ni.. Tapi yang godak semua lelaki2 je lah.. Kita yang orang perempuan ni cuma tolong tengok jer..

Ni jelah dulu gambar yang aku masukkn.. Lain kali kita cerita lagi yer...

Sunday, September 25, 2011

Lama Giler X Update

Hai semua... Lama giler erk xupdate... Bukan apa, sibuk dah satu hal lah yg selebihnya malas.. Lagi pun kamera plak buat hal.. Xbleh nak upload gambar.. Xbest kn kalo citer2 tp xde gambar.. Entah knp ntah.. Sebenarnya banyak cite pending tp gambar xbleh kuar tu yang x buat entry baru tu...
Oklah aku nak try balik masukkan gambar kalo bleh nanti aku buat entry baru yer.. Ok, babai...

Wednesday, August 3, 2011

Alhamdulillah...

Alhamdulillah... Sudah 3 hari kita semua umat islam mengerjakan ibadah puasa.. Setakat hari ini aku ok2 jer..
Cuma semalam letih sikit, sebab office ada buat renovation... Kena pindah banyak barang.. Kebetulan pulak semalam xsempat bersahur.. Terbangun lambat.. Cuma sempat minum air kosong jer..
Harini diaorang sambung lagi kerja2 memindah dan memunggah brg2.. Tapi aku xbuat pun.. Takut letih sangat mcm semlm.. Diaorg xpelah sebab semuanya cina bukan puasa pun.. Tapi nasib baik diaorang faham..
So diaorang buat kerja aku pun duduk jer lah.. Cuma tengok2 n bagi komen sikit..
So harap2 nya dapat bertahan sehingga akhir ramadhan... Xsabarnya nak tunggu raya... Macam budak2 plak eh..
Oklah, dah petang ni.. Nak prepare nak balik plak... Lain kali kita membebel lagi erk..

Sunday, July 31, 2011

Hari Pertama Berpuasa

Selamat Berpuasa..
Hari ni merupakan hari pertama berpuasa untuk tahun 2011... Setakat sampai pukul 0120 tengahari ni aku rasa ok2 jer.. Harap2 sampai lah petang yerk.. Dalam kepala otak ni dah fikir macam2 untuk juadah berbuka puasa petang ni.. Biasalah kalo puasa kan...
Di kesempatan ini aku nak mengucapkan selamat berpuasa kepada kawan2 semua.. Di harap ramadhan kali ini dapat memberikan lebih sinar kepada hidup kita semua... Amin...

Thursday, July 21, 2011

Anakku Demam

Hai semua... Rasanya dah lama aku tak mengupdate blog ni. Disebabkan kesibukan yang teramat sangat.. Ni pun curi2 sikit masa kerja..
Entry ni nak cerita pasal Luqman Hakimi demam.. Aduh dah 2 malam tak tido ni.. Mengantuk gila.. Akim demam teruk.. Asyik nak mengangis jer.. Selama ni kalo dia demam tak lah mcm ni, dia akan duduk diam2 je.. Tapi yang kali ni asyik nak dukung n melelak je..
Tension jugak tapi layankan je lah.. Malam td, tido nak berpangku jer.. Naik lenguh kaki n tangan, dah lah badan dia semangat.. Tapi ni pun dah susut sikit.. Dia langsung taknak minum susu... Makan ada la jugak walaupun sikit.. Dah bawa ke klinik tapi tak ok jugak.. Badan tak lah panas sangat tapi asyik menangis je tu yang buat mama n papa risau... Tak pernah2 dia demam macam ni sekali...
Nasib baik esok dah cuti dapatlah jaga akim dengan kerenah dia.. Kesian jugak tinggalkan dia dua hari ni kat pengasuh, tapi nak buat macam mana... Kerja terlalu banyak untuk di setllekan... Harap2 akim sembuh dengan secepat mungkin... Mama risau sangat2... sebelum ni dia seorang yang happy go lucky n aktif, sekali demam jadi macam ni plak..
Perancangan awal esok nakbawa akim gi jalan2.. Tapi dia dah demam gini mama rasa lebih baik biarkan dia berehat je kat rumah.. Papa pun setuju, so kita tangguhkan aktiviti nak jalan2 tu..

Tuesday, June 28, 2011

Kuih Raya

Sempena dengan hari raya yang akan menjelang tiba ni, aku nak mempromosikan kuih raya..
Mmang setiap tahun aku jual kuih..Mak aku yang buat...mcm2 jenis kuih ada..Tp sekarang gambar belum ada, cuma nak inform je pada kengkawan semua..
Petang ni baru nak balik kampung untuk ambik sample kuih semua...Dah ramai jugak yang mintak ni..
Lepas ni aku upload plak jenis2 kuih n Gambar dia sekali..

Monday, June 13, 2011

Hati Tak Tenang Jiwa Tak Tenteram

Hari ni mood aku xberapa baik.. Hati aku xtenang... Asyik teringat anak kat rumah..
Kenapa aku macam ni erk... Entahlah.. Hanya tuhan je yang tahu apa yang aku rasai sekarang ni...
Apa yang aku buat serba tak kena.. Fikiran aku hanya pada anak aku...
Ah kusutnya kepala aku... Ya ALLAH Ya TUHANku berilah ketenangan dalam diri dan jiwa hambamu ini..
AMIN....

Sunday, June 5, 2011

HP ku rosak sudah.....

Sedihnya...HP ku rosak sudah...Semalam masuk air terus je rosak...Langsung xbleh ON...Belum 1 tahun pakai HP tu dah rosak plak...Dah la dalam tu banyak gambar2 kenangan sepanjang cuti hari sabtu dan ahad lepas...Xtau la nak repair or beli lain...Macammanalah bleh xperasan yang air tumpah dalam handbag...
Masa tu on the way balik dari sepang, singgah kat Seremban untuk makan n sembahyang...Kat sana beli air 100plus..masa makan minum xabis jadinya nak bw dalam kete takut Akim nampak n dia nak, so simpanlah dalam handbag..Tiba kat parkir kereta buka handbag nak kuarkan kunci kete..Tengok barang2 dalam bag dah berenang2 termasuklah HP ku...Rasa macam nak menangis je masa tu..Dah tu apalagi kena lah membebel dengan suamiku yang tercinta...Sampai ke rumah xabis2 dia membebel..

Dah tu apa nak buat, benda dah nak jadi....Memang ler Hp tu bukan mahal sangat, tapi rasa terkilan sebab baru beberapa bulan pakai..Kalo dah bertahun tu xdelah rasa terkilan sangat...Oklah, ingat hari ni nak update cerita masa majlis perkahwinan sepupu aku kat Bagan Lalang..Banyak dah gambar ambik..Gambar gelagat Akim berkaraoke...Tapi sekarang semua tinggal kenangan..Tengoklah balik nanti kalo Hp dah bleh ON esok baru update cerita tu...Xbest kalo cerita je tapi gambar xde kan..

Friday, May 27, 2011

Team Building 21-05-2011

Ni dia aktiviti kilang untuk tahun ni...Kitaorang buat team building ni kat Gunung Ledang resort.
Seronok sangat..Lagi seronok kalo buat bermalam kat sana..Malam plak buat barbeque...Wah seronoknya...Tapi ni buat mula kul 9.00pg habis kul 5.00ptg..sekejap sangat rasanya...Apapun tengoklah gambar ni..macam-macam aktiviti kitaorg buat...Banyak lagi gambar tapi semua kat dalam kamera bos...Nak minta segan plak...So ini jelah gambar yang ada...




Sunday, May 22, 2011

Tragedi 21-05-2011

Berlakunya tanah runtuh di Hulu Langat pada 21-05-2011..Sama2 kita sedekahkan al-fatihah kepada mangsa tragedi yang maut seramai 16 orang...al-fatihah....
Salah seorang mangsa yang maut merupakan anak saudara kepada kawan baik saya..Iaitu Mohd Imal Fahad 9 tahun...Lagi satu mangsa yang terselamat tetapi terpaksa dipotong kaki di bahagian kanan adalah abang kepada beliau juga...Iaitu Erwan bin Zakaria 33tahun..
Kitaorang dapat tahu kejadian masa dalam perjalanan pulang dari Gunung Ledang..Kebetulan masa tu ada aktiviti kilang kat Gunung...Kejadian berlaku dalam kul 2.30 petang tapi kitaorg dapat tahu dalam kul 5.30 petang...Kawan baik saya ni namanya Siti Zuridah.Kitaorang pergi satu kereta..Masa tu yang call mak dia tapi dia tak cakap apapun, dia cuma cakap suruh balik terus kerumah..sebab masa tu kitaorang ingat nak gi bandar muar beli barang..
Lepas dapat call tu kitaorang terus bergegas balik kerumah dia di batu 23, Pagoh..sebenarnya yang kita semua risaukan adalah adik bongsu Ida..Dia yang duduk kat asrama tu...Tapi adik dia selamat, tak tercedera walau sikit pun sebab masa tu dia kat asrama..Tengah berehat sebab demam..Tak sangka yang abang dan anak saudara Ida pun ada kat tempat kejadian...Abang dan anak saudara Ida bukan penghuni asrama tu tapi diaorang memang sentiasa akan datang pada hujung minggu untuk belajar n mengajar..
Mungkin dah sampai seru, kita sebagai umat tak dapat nak melawan takdir..Sekarang abang Ida berada dalam wad ICU hospital ampang...Dia mengalami pendarahan yang teruk..Anak saudaranya pula telah selamat dikebumikan semalam selepas solat zuhur..Allahyarham telah dikebumikan dalam satu liang lahad bersama2 6 lagi mangsa kejadian...Sungguh tragis kejadian itu sebab melibatkan madrasah anak2 yatim...
Ingatkan harini nak buat entry aktiviti "TEAM BUILDING" yang kitaorang buat kat gunung tu..Xpelah entry tu saya pending kan dulu..Next entry saya akan cerita n upload gambar...

Wednesday, May 11, 2011

Luahan Hati

Hari ni saya nak cerita satu cerita...Tapi xtau nak mula macam mana..
Ceritanya mcm ni, ada sorang perempuan kat tempat keje aku ni...Dia ni baru je kawin bulan 2 haritu...Sekarang ni dah mengandung lebih kuang 2 bulan kot..
Actually aku tak suka dengan perempuan ni...Sebenarnya aku kenal dengan dia ni dah lama, dari aku sekolah lagi..sekarang pun dia satu tempat keje dengan aku..dia lebih tua dari aku..Umur dia dah 30..
Yang membuatkan aku tak suka pada dia ni sebab perangai dia..bukan aku je yang tak suka ngan dia tapi bleh katakan satu kilang semua tak suka...kecuali husband dia n big boss kat kilang ni...sebab nya dia anak emas bos..Husband dia pun keje kat kilang ni jugak..
Perangani dia tu mengada2 sangat.. Sekarang ni tengah pregnant lagi lah...Berbulu jer kitaorang tengok..Aku dah meluat dah dengan dia..Konon2 lah tak boleh buat kerja sebab mabuk...Alah yang sebenarnya mengada2...Tak mana mabuknya...Perut belum besar lagi tapi nya dah mengada2, kononnya jalan macam dah tak larat bebenor je...Buat2 mengah lah, Buat2 macam nak pengsan lah...Macam2 lagi lah yang dia buat2...Perempuan ni ari sebelum kahwin lagi memang orang tak suka ngan dia, dia ni jenis moody orangnya...Kalo nak marah orang tu sesuka hati dia je..Tak fikir langsung perasaan orang...
Mentang2 bos sayang ngan dia, dia besar kepala...Tapi aku memang betul2 lah tak suka ngan dia...
Xtau nak gambarkan macam mana perangai dia..Orangnya bukan cantik sangat pun, tapi mengedik bukan main lagi...Yang aku paling tak boleh tahan tu, disebabkan dia pregnant dan konon2 nya mabuk tadi...dia request ngan bos, minta masuk keje awal n balik keje pun awal dari orang lain...
Kilang aku ni masuk kul 8.30pagi n balik kul 6.00petang...Sekali dia request nak masuk kul 7.30pagi n balik kul 5.00petang...Kalo datang awal2 pun bukannya ada keje kilang aku ni..Mesin start kul 8.30 pagi..So datang melangut je lah....konon2nya dia mabuk sebelah petang n tak larat nak buat keje..xde maknanya, yang sebenornya mengada2...Yang membuat aku lebih geram bos boleh plak bagi kelulusan...Ish, sakitnya hati aku..Kenapalah ada manusia yang macam ni...Aku dulu pun pernah jugak mengandung, ramai jugak kawan2 kat kilang aku yang pernah mengandung tapi xdelah yang macam dia ni...Aku pun xtau dia ni spesis jenis apa...Dia buat semua orang benci kat dia....Pasal perempuan ni aku pernah cite dalam entry yang lama,yang dia menang untuk best employee awards...Tapi masa nama dia di umumkan semua orang "BOO" kan dia...Dua watak ni adalah orang yang sama...Korang mesti boleh bayangkan erk betapa bencinya orang kat dia...Tadi pagi plak dia datang kilang bawa bantal kecik...Katanya pinggang sakit, kena letak bantal baru ok...Yang sebenarnya dia nak menunjuk2 kat orang..Perut dia xbesor pun..Perempuan ni badan dia memang kecik, berat pun dalam lingkungan 35kg je...Memang sangat kecik...Lebih kurang macam bantutlah...Jadinya perut pun bukan besar lagipun baru je 2 bulan pregnant...Tapi lagak dia dah macam 9 bulan...
Entahlah aku pun tak tau nak cakap macam mana lagi..Apa yang aku tahu, aku memang bencikan dia...Hilang rasa hormat aku pada dia...Ini jelah celoteh aku untuk hari ni...

Wednesday, April 27, 2011

Akim Kena Cucuk

Harini Akim ada temujanji kat klinik...Nak kena cucuk yang satu tahun setengah punya...Kiranya ni last cucuk la...Aduh bercinta betul kalo nak bawa anak gi cucuk ni, bukan apa takut budak demam...Tapi aku tak hantar pun harini. Tugas menhantar Akim gi klinik nenek dia dah ambil alih...Maklumlah aku kan keje, nenek dia sanggup nak hantar...Nenek dia memang sayang giler kat Akim tu..Lagipun minggu ni dah masuk 2 minggu Akim duduk kampung sejak dia kena penyakit elergic aritu..
Rindu jugak kat Akim tapi nak buat macam mana kan..dah budak tak sihat, kalo duduk kat sini pun xde sapa yang nak jaga...Aku pun bukan boleh cuti lama2...terlalu banyak keje..Haritu yang MC 2 hari tu pun masuk je keje meja dah mcm bukit..Letih betul..
Ni belum call mak lagi xtau akim mcm mana...Harap2 tak ler demam...Jap2 lg lah call...Lagipun tengah sibuk giler ni...Tapi sempat lah jugak nak update blog ni..Tengah ada mood lebih baik update, kalo x nanti sampai bersarang pun tak terupdate lg..oklah nak sambung buat keje...

Tuesday, April 26, 2011

dEMAM + bAtUK + sELEsEMA

dah dekat 2 minggu demam + batuk + selsema tak ok lagi...Hari tu dah MC 2 hari, dah rehat cukup2, pun xok jgk..Sampai hari ni pun masih pening kepala lagi..
Nasib baiklah akim kat kampung, nenek dia jaga..Kalo x, lagilah pening kepala..Dari start aku demam aritu dah hantar akim balik kampung. Kebetulan masa tu dia kena elergic..Habis muka dia kudis2..Babysitter xsanggup nak jaga sebab nampak macam teruk sangat..
Semalam ambil ubat kat klinik panel syarikat tapi still xok lg...sampai sakit dada asyik batuk je..Sesiapa ada petua yang boleh hilangkan batuk tolong bagitahu yer..dah xlarat sangat dah ni..

Ingat nak uploag gambar Akim kena elergic tu, tapi xbw plak cabel camera..So next entry lah saya upload gambar tu ye..

Thursday, April 7, 2011

Hari Yang Huru Hara

Hari ni 8 April 2011, adalah hari yang huru hara bagi diri aku...sebabnya kerana akim xde orang jaga..
Babysitter Akim demam, so xhantar lah Akim kat sana..
Pagi tadi bawa Akim gi office sementara nak fikir hantar Akim kat ne..Aduhai huru hara office dibuat dek Akim...Sementara aku nak siapkan kerja sikit sebelum keluar, dia dah buat macam2 kerja kat office..
Pening jugak..geram pun ada...Lagi yang kita larang lagilah dia buat..
Dah xbleh sgt, aku pun call lah Kak Long minta dia tolong jaga Akim..Nasib baik dia ada kat umah..Jadi terus je aku hantar Akim pergi rumah dia..Jauh jugak dari tempat kerja tapi terpaksalah...Kalo nak hantar balik umah mak lagilah jauh...

Dalam waktu terdesak ni, Kak Long je yang dapat aku fikir...Nasib baik dia on je...Kak Long pun memang dah biasa dengan ngan Akim ni..Selain dari mak n babysitter, Kak Long je yang tau nak handle Luqman Hakimi yang nakal tu...
Memang terlalu nakal..Mungkin sebab dia terlalu aktif tu yang jadikan dia macam nakal...Sekarang ni dia ada kat umah Kak Long..mungkin petang atau malam nanti aku baru ambik dia..Terima kasih pada Kak Long sebab menyelesaikan masalah aku ni..

Monday, February 21, 2011

Rindunya......

Hari ni merupakan hari ke-4 Akim takde kat rumah...Akim sekarang kat umah atok n nenek kat parit bagan..Hari sabtu aritu atok n nenek ambik dia...Saje je rindu kat cucunya..Memang biasa macam tu..Kebetulan plak harini Akim ada appointment kat klinik desa kat kg...So, nenek dia lah yang menghantarnya...Akim guna klinik tu dari baby dulu...Saje je malas nak tukar, lagipun bukan jauh sangat..
Mungkin esok baru ambil Akim balik..Sebab esok je yang papa tak busy..So, mama kenalah sabar lagi 1 hari..Esok baru dapat main2 ngan Akim...Mama betul2 rindukan Akim...Rasa sunyi sangat bila Akim xde..Asyik teringat perangai dia yang semakin nakal tu..






Ni lah dia wajah2 yang mama sentiasa rindu n yang mama sayang setiap masa...Tanpa mereka hidup mama akan sunyi n kosong...Mereka adalah kekuatan untuk mama...

Wednesday, February 16, 2011

Xde Mood Nak Update Blog

entah knp erk sejak2 ni malas nyer nak update blog...nak buat keje pun rasa malas jer...hai ni kuatkan jgk nak tulis sesuatu kat blog ni...sebenarnya byk benda nak dicurahkan kat blog ni...tp tunggu mood dtg br bleh mencoret kat blog ni erk...

Thursday, January 20, 2011

Demam Dah Baik

Berikutan entry sebelum ni yang Luqman Hakimi demam...So sekarang dia dah sembuh...Demam tu rupa2nya nak tumbuh gigi lagi...sebelum ni dah 8 batang gigi atas n bawah tp xdemam pun...Kali ni plak demam sebab gigi geraham dia yang tumbuh...Patutlah sampai demam, gigi yang nak keluar tu besar...Kesian dia masa demam tu, asyik merengek je...Xboleh tinggal langsung asyik nak orang dekat dengan dia..Tapi akhirnya sembuh. jugak...Actually aku n hubby panggil Luqman Hakimi ni 'Akim'...Kan nampak manja dengan nama tu...Tapi dia memang betul2 manja...Dah semakin besar anak mama ni...Gigi pun dah banyak tumbuh...dah nak penuh dah...Bila dah pulih demam ni semakin menakal lah dia...

Sunday, January 16, 2011

Luqman Hakimi Deman Lagi....

Start dari semalam Luqman Hakimi demam + selsema + batuk...kesian sgt tgk dia..malam tadi tido pun xlena...dia macam sesak nafas sebab hidung sumbat..aku pun tak tido sebab jaga dia..
Pagi ni langsung xbersemangat...mata mengantuk...Tapi Luqman pulak macam dah ok sikit tinggal selsema je...badan dah xpanas lagi...syukur Alhamdulillah..
Xsanggup lagi rasanya aku nak tengok dia demam...sedih rasa hati ni...kalo ikutkan biarlah aku yang demam...biar aku yang tanggung semua ni...Tapi xpelah mungkin jugak demam nak berakal...
Harap-harap anak mama ni cepatlah sembuh...doa mama sentiasa untuk anak mama yang sorang ni...

Wednesday, January 12, 2011

My HerO

Entry harini nak citer my hero. Since dia dah semakin besar ni dia punya perangai pun semakin la nakal yang amat..Xtau lah dia punya pengasuh macam mana boleh tahan dengan dia...
Macam-macam dia buat. Sekarang ni plak dah pandai nak mengamuk.. Setiap kali dia nak sesuatu tapi kita tak bagi terus mengamuk jer... Bila naik kete plak terus jer duduk kat tempat pemandu, lagaknya macam dia nak memandu..Ish geram betul..Kadang-kadang rasa macam tak sabar tapi bila difikirkan balik kenalah sabar banyak-banyak..
Sekarang ni kalo nak apa2 dah pandai tunjuk..Tarik tangan kita bawa gi tempat yang dia nak sesuatu tu.. Kalo gi kedai mesti tunjuk tempat gula-gula lolipop..Dia memang suka makan lolipop...
Hakimi ni bab makan memang semangat...malam tadi try lah bagi dia makan guna pinggan sendiri...Seronok sangat tengok, Hakimi dah pandai makan sendiri...Tapi bersepahlah la sikit..Adat lah yerk budak baru belaja makan sendir...Tapi memang seronok sangat tengok perkembangan anak depan mata..
Sampai akhir bila nasi dah abis kat pinggan dia angkat pinggan tu and dia jilat...Ya Allah masa tu, saya n hubby tengok pun kelakar..Yang seronoknya bila dia dah pandai makan sendiri dia tak lah kacau bila papa n mama dia nak makan..
Bila nak makan jer dia pun dah pandai duduk sila n tadah tangan macam nak baca doa pastu bila AMIN jer terus raup tapak tangan kat muka..Since dia dah tahu ni kenalah latih setiap hari supaya dia tak mudah lupa..
Luqman Hakimi ni memang pengarang jantung mama n papa..
Bila kat tempat keje asyik fikir nak balik jer sebab teringatkan dia...


Ni lah dia gambar terbaru budak yang nakal sangat2 tu.

Wednesday, January 5, 2011

TanaM POkoK Bunga

Dengan jayanya malam tadi dapat menanam pokok bunga sebanyak 5 pasu...sebenarnya selama hidup ni xpernah pun tanam bunga. Mungkin ni yang dikatakan azam tahun baru kot..
Entahlah tiba-tiba je terlintas nak tanam pokok bunga. Nasib baik husband ada tolong n bagi semangat. Sama-sama la malam tadi menanam pokok bunga bersama my husband n my hero...
Ish, itu budak yer banyak kacau.. Papa dia baru masukkan tanah dia dah korek balik...Sabar je lah... Banyak kerenah dia.. Last-last papa bagi satu pasu plastik n tanah sikit kat dia.. Baru dia duduk diam... Kalau tak, asyik nak mengacau jer...

Bila kat rumah ada pasu n pokok bunga baru nampak rumah berseri-seri...Betul juga kata ibu mertuaku...Dia memang minat tanam bunga...Idea tanam bunga ni datang dari dia lah...mungkin selama ni dia datang umah tapi tak nampak ada pokok bunga tu yang dia suggestkan suruh tanam tu...Tapi sebelum dia buka mulut tu memang dah terfikir tapi belum berkesempatan lagi...

Niat dihati nak tambah banyak lagi koleksi bunga...Hujung minggu ni nak gi nursery nak beli pasu n bunga2 yang cantik2 lagi...Jadi seronok plak walaupun bunga2 tu belum gemuk lagi...Mungkin ni boleh jadi satu riadah di masa lapang...Jangan plak pokok2 tu kena cabut dengan hero yang kat umah tu...Harap2 tak lah yerk...

Monday, January 3, 2011

All My Love

Now, I want to introduce all my love to you all...

This is My Beloved Hubby
Name: Sarizan Bin Mad Deni


This is My Lovely son
Name: Muhammad Luqman Hakimi Bin Sarizan


FirsT TiME Create BLog

Assalamualaikum.....
Akhirnya dapat juga buat blog ni...Dah lama rasa nak buat tapi xde masa...harini kuat kan hati untuk register n akhirnya terciptalah satu blog tentang saya..
Tak lupa juga pada sahabat saya ieta..sebab dia yang ajar nak buat blog ni..thank you so much ta..
Banyak lagi nak kena blaja ni.. ieta tolong yer...
Ni baru jer permulaan...