center

Thursday, January 20, 2011

Demam Dah Baik

Berikutan entry sebelum ni yang Luqman Hakimi demam...So sekarang dia dah sembuh...Demam tu rupa2nya nak tumbuh gigi lagi...sebelum ni dah 8 batang gigi atas n bawah tp xdemam pun...Kali ni plak demam sebab gigi geraham dia yang tumbuh...Patutlah sampai demam, gigi yang nak keluar tu besar...Kesian dia masa demam tu, asyik merengek je...Xboleh tinggal langsung asyik nak orang dekat dengan dia..Tapi akhirnya sembuh. jugak...Actually aku n hubby panggil Luqman Hakimi ni 'Akim'...Kan nampak manja dengan nama tu...Tapi dia memang betul2 manja...Dah semakin besar anak mama ni...Gigi pun dah banyak tumbuh...dah nak penuh dah...Bila dah pulih demam ni semakin menakal lah dia...

Sunday, January 16, 2011

Luqman Hakimi Deman Lagi....

Start dari semalam Luqman Hakimi demam + selsema + batuk...kesian sgt tgk dia..malam tadi tido pun xlena...dia macam sesak nafas sebab hidung sumbat..aku pun tak tido sebab jaga dia..
Pagi ni langsung xbersemangat...mata mengantuk...Tapi Luqman pulak macam dah ok sikit tinggal selsema je...badan dah xpanas lagi...syukur Alhamdulillah..
Xsanggup lagi rasanya aku nak tengok dia demam...sedih rasa hati ni...kalo ikutkan biarlah aku yang demam...biar aku yang tanggung semua ni...Tapi xpelah mungkin jugak demam nak berakal...
Harap-harap anak mama ni cepatlah sembuh...doa mama sentiasa untuk anak mama yang sorang ni...

Wednesday, January 12, 2011

My HerO

Entry harini nak citer my hero. Since dia dah semakin besar ni dia punya perangai pun semakin la nakal yang amat..Xtau lah dia punya pengasuh macam mana boleh tahan dengan dia...
Macam-macam dia buat. Sekarang ni plak dah pandai nak mengamuk.. Setiap kali dia nak sesuatu tapi kita tak bagi terus mengamuk jer... Bila naik kete plak terus jer duduk kat tempat pemandu, lagaknya macam dia nak memandu..Ish geram betul..Kadang-kadang rasa macam tak sabar tapi bila difikirkan balik kenalah sabar banyak-banyak..
Sekarang ni kalo nak apa2 dah pandai tunjuk..Tarik tangan kita bawa gi tempat yang dia nak sesuatu tu.. Kalo gi kedai mesti tunjuk tempat gula-gula lolipop..Dia memang suka makan lolipop...
Hakimi ni bab makan memang semangat...malam tadi try lah bagi dia makan guna pinggan sendiri...Seronok sangat tengok, Hakimi dah pandai makan sendiri...Tapi bersepahlah la sikit..Adat lah yerk budak baru belaja makan sendir...Tapi memang seronok sangat tengok perkembangan anak depan mata..
Sampai akhir bila nasi dah abis kat pinggan dia angkat pinggan tu and dia jilat...Ya Allah masa tu, saya n hubby tengok pun kelakar..Yang seronoknya bila dia dah pandai makan sendiri dia tak lah kacau bila papa n mama dia nak makan..
Bila nak makan jer dia pun dah pandai duduk sila n tadah tangan macam nak baca doa pastu bila AMIN jer terus raup tapak tangan kat muka..Since dia dah tahu ni kenalah latih setiap hari supaya dia tak mudah lupa..
Luqman Hakimi ni memang pengarang jantung mama n papa..
Bila kat tempat keje asyik fikir nak balik jer sebab teringatkan dia...


Ni lah dia gambar terbaru budak yang nakal sangat2 tu.

Wednesday, January 5, 2011

TanaM POkoK Bunga

Dengan jayanya malam tadi dapat menanam pokok bunga sebanyak 5 pasu...sebenarnya selama hidup ni xpernah pun tanam bunga. Mungkin ni yang dikatakan azam tahun baru kot..
Entahlah tiba-tiba je terlintas nak tanam pokok bunga. Nasib baik husband ada tolong n bagi semangat. Sama-sama la malam tadi menanam pokok bunga bersama my husband n my hero...
Ish, itu budak yer banyak kacau.. Papa dia baru masukkan tanah dia dah korek balik...Sabar je lah... Banyak kerenah dia.. Last-last papa bagi satu pasu plastik n tanah sikit kat dia.. Baru dia duduk diam... Kalau tak, asyik nak mengacau jer...

Bila kat rumah ada pasu n pokok bunga baru nampak rumah berseri-seri...Betul juga kata ibu mertuaku...Dia memang minat tanam bunga...Idea tanam bunga ni datang dari dia lah...mungkin selama ni dia datang umah tapi tak nampak ada pokok bunga tu yang dia suggestkan suruh tanam tu...Tapi sebelum dia buka mulut tu memang dah terfikir tapi belum berkesempatan lagi...

Niat dihati nak tambah banyak lagi koleksi bunga...Hujung minggu ni nak gi nursery nak beli pasu n bunga2 yang cantik2 lagi...Jadi seronok plak walaupun bunga2 tu belum gemuk lagi...Mungkin ni boleh jadi satu riadah di masa lapang...Jangan plak pokok2 tu kena cabut dengan hero yang kat umah tu...Harap2 tak lah yerk...

Monday, January 3, 2011

All My Love

Now, I want to introduce all my love to you all...

This is My Beloved Hubby
Name: Sarizan Bin Mad Deni


This is My Lovely son
Name: Muhammad Luqman Hakimi Bin Sarizan


FirsT TiME Create BLog

Assalamualaikum.....
Akhirnya dapat juga buat blog ni...Dah lama rasa nak buat tapi xde masa...harini kuat kan hati untuk register n akhirnya terciptalah satu blog tentang saya..
Tak lupa juga pada sahabat saya ieta..sebab dia yang ajar nak buat blog ni..thank you so much ta..
Banyak lagi nak kena blaja ni.. ieta tolong yer...
Ni baru jer permulaan...