center

Wednesday, April 27, 2011

Akim Kena Cucuk

Harini Akim ada temujanji kat klinik...Nak kena cucuk yang satu tahun setengah punya...Kiranya ni last cucuk la...Aduh bercinta betul kalo nak bawa anak gi cucuk ni, bukan apa takut budak demam...Tapi aku tak hantar pun harini. Tugas menhantar Akim gi klinik nenek dia dah ambil alih...Maklumlah aku kan keje, nenek dia sanggup nak hantar...Nenek dia memang sayang giler kat Akim tu..Lagipun minggu ni dah masuk 2 minggu Akim duduk kampung sejak dia kena penyakit elergic aritu..
Rindu jugak kat Akim tapi nak buat macam mana kan..dah budak tak sihat, kalo duduk kat sini pun xde sapa yang nak jaga...Aku pun bukan boleh cuti lama2...terlalu banyak keje..Haritu yang MC 2 hari tu pun masuk je keje meja dah mcm bukit..Letih betul..
Ni belum call mak lagi xtau akim mcm mana...Harap2 tak ler demam...Jap2 lg lah call...Lagipun tengah sibuk giler ni...Tapi sempat lah jugak nak update blog ni..Tengah ada mood lebih baik update, kalo x nanti sampai bersarang pun tak terupdate lg..oklah nak sambung buat keje...

Tuesday, April 26, 2011

dEMAM + bAtUK + sELEsEMA

dah dekat 2 minggu demam + batuk + selsema tak ok lagi...Hari tu dah MC 2 hari, dah rehat cukup2, pun xok jgk..Sampai hari ni pun masih pening kepala lagi..
Nasib baiklah akim kat kampung, nenek dia jaga..Kalo x, lagilah pening kepala..Dari start aku demam aritu dah hantar akim balik kampung. Kebetulan masa tu dia kena elergic..Habis muka dia kudis2..Babysitter xsanggup nak jaga sebab nampak macam teruk sangat..
Semalam ambil ubat kat klinik panel syarikat tapi still xok lg...sampai sakit dada asyik batuk je..Sesiapa ada petua yang boleh hilangkan batuk tolong bagitahu yer..dah xlarat sangat dah ni..

Ingat nak uploag gambar Akim kena elergic tu, tapi xbw plak cabel camera..So next entry lah saya upload gambar tu ye..

Thursday, April 7, 2011

Hari Yang Huru Hara

Hari ni 8 April 2011, adalah hari yang huru hara bagi diri aku...sebabnya kerana akim xde orang jaga..
Babysitter Akim demam, so xhantar lah Akim kat sana..
Pagi tadi bawa Akim gi office sementara nak fikir hantar Akim kat ne..Aduhai huru hara office dibuat dek Akim...Sementara aku nak siapkan kerja sikit sebelum keluar, dia dah buat macam2 kerja kat office..
Pening jugak..geram pun ada...Lagi yang kita larang lagilah dia buat..
Dah xbleh sgt, aku pun call lah Kak Long minta dia tolong jaga Akim..Nasib baik dia ada kat umah..Jadi terus je aku hantar Akim pergi rumah dia..Jauh jugak dari tempat kerja tapi terpaksalah...Kalo nak hantar balik umah mak lagilah jauh...

Dalam waktu terdesak ni, Kak Long je yang dapat aku fikir...Nasib baik dia on je...Kak Long pun memang dah biasa dengan ngan Akim ni..Selain dari mak n babysitter, Kak Long je yang tau nak handle Luqman Hakimi yang nakal tu...
Memang terlalu nakal..Mungkin sebab dia terlalu aktif tu yang jadikan dia macam nakal...Sekarang ni dia ada kat umah Kak Long..mungkin petang atau malam nanti aku baru ambik dia..Terima kasih pada Kak Long sebab menyelesaikan masalah aku ni..