center

Friday, May 27, 2011

Team Building 21-05-2011

Ni dia aktiviti kilang untuk tahun ni...Kitaorang buat team building ni kat Gunung Ledang resort.
Seronok sangat..Lagi seronok kalo buat bermalam kat sana..Malam plak buat barbeque...Wah seronoknya...Tapi ni buat mula kul 9.00pg habis kul 5.00ptg..sekejap sangat rasanya...Apapun tengoklah gambar ni..macam-macam aktiviti kitaorg buat...Banyak lagi gambar tapi semua kat dalam kamera bos...Nak minta segan plak...So ini jelah gambar yang ada...




Sunday, May 22, 2011

Tragedi 21-05-2011

Berlakunya tanah runtuh di Hulu Langat pada 21-05-2011..Sama2 kita sedekahkan al-fatihah kepada mangsa tragedi yang maut seramai 16 orang...al-fatihah....
Salah seorang mangsa yang maut merupakan anak saudara kepada kawan baik saya..Iaitu Mohd Imal Fahad 9 tahun...Lagi satu mangsa yang terselamat tetapi terpaksa dipotong kaki di bahagian kanan adalah abang kepada beliau juga...Iaitu Erwan bin Zakaria 33tahun..
Kitaorang dapat tahu kejadian masa dalam perjalanan pulang dari Gunung Ledang..Kebetulan masa tu ada aktiviti kilang kat Gunung...Kejadian berlaku dalam kul 2.30 petang tapi kitaorg dapat tahu dalam kul 5.30 petang...Kawan baik saya ni namanya Siti Zuridah.Kitaorang pergi satu kereta..Masa tu yang call mak dia tapi dia tak cakap apapun, dia cuma cakap suruh balik terus kerumah..sebab masa tu kitaorang ingat nak gi bandar muar beli barang..
Lepas dapat call tu kitaorang terus bergegas balik kerumah dia di batu 23, Pagoh..sebenarnya yang kita semua risaukan adalah adik bongsu Ida..Dia yang duduk kat asrama tu...Tapi adik dia selamat, tak tercedera walau sikit pun sebab masa tu dia kat asrama..Tengah berehat sebab demam..Tak sangka yang abang dan anak saudara Ida pun ada kat tempat kejadian...Abang dan anak saudara Ida bukan penghuni asrama tu tapi diaorang memang sentiasa akan datang pada hujung minggu untuk belajar n mengajar..
Mungkin dah sampai seru, kita sebagai umat tak dapat nak melawan takdir..Sekarang abang Ida berada dalam wad ICU hospital ampang...Dia mengalami pendarahan yang teruk..Anak saudaranya pula telah selamat dikebumikan semalam selepas solat zuhur..Allahyarham telah dikebumikan dalam satu liang lahad bersama2 6 lagi mangsa kejadian...Sungguh tragis kejadian itu sebab melibatkan madrasah anak2 yatim...
Ingatkan harini nak buat entry aktiviti "TEAM BUILDING" yang kitaorang buat kat gunung tu..Xpelah entry tu saya pending kan dulu..Next entry saya akan cerita n upload gambar...

Wednesday, May 11, 2011

Luahan Hati

Hari ni saya nak cerita satu cerita...Tapi xtau nak mula macam mana..
Ceritanya mcm ni, ada sorang perempuan kat tempat keje aku ni...Dia ni baru je kawin bulan 2 haritu...Sekarang ni dah mengandung lebih kuang 2 bulan kot..
Actually aku tak suka dengan perempuan ni...Sebenarnya aku kenal dengan dia ni dah lama, dari aku sekolah lagi..sekarang pun dia satu tempat keje dengan aku..dia lebih tua dari aku..Umur dia dah 30..
Yang membuatkan aku tak suka pada dia ni sebab perangai dia..bukan aku je yang tak suka ngan dia tapi bleh katakan satu kilang semua tak suka...kecuali husband dia n big boss kat kilang ni...sebab nya dia anak emas bos..Husband dia pun keje kat kilang ni jugak..
Perangani dia tu mengada2 sangat.. Sekarang ni tengah pregnant lagi lah...Berbulu jer kitaorang tengok..Aku dah meluat dah dengan dia..Konon2 lah tak boleh buat kerja sebab mabuk...Alah yang sebenarnya mengada2...Tak mana mabuknya...Perut belum besar lagi tapi nya dah mengada2, kononnya jalan macam dah tak larat bebenor je...Buat2 mengah lah, Buat2 macam nak pengsan lah...Macam2 lagi lah yang dia buat2...Perempuan ni ari sebelum kahwin lagi memang orang tak suka ngan dia, dia ni jenis moody orangnya...Kalo nak marah orang tu sesuka hati dia je..Tak fikir langsung perasaan orang...
Mentang2 bos sayang ngan dia, dia besar kepala...Tapi aku memang betul2 lah tak suka ngan dia...
Xtau nak gambarkan macam mana perangai dia..Orangnya bukan cantik sangat pun, tapi mengedik bukan main lagi...Yang aku paling tak boleh tahan tu, disebabkan dia pregnant dan konon2 nya mabuk tadi...dia request ngan bos, minta masuk keje awal n balik keje pun awal dari orang lain...
Kilang aku ni masuk kul 8.30pagi n balik kul 6.00petang...Sekali dia request nak masuk kul 7.30pagi n balik kul 5.00petang...Kalo datang awal2 pun bukannya ada keje kilang aku ni..Mesin start kul 8.30 pagi..So datang melangut je lah....konon2nya dia mabuk sebelah petang n tak larat nak buat keje..xde maknanya, yang sebenornya mengada2...Yang membuat aku lebih geram bos boleh plak bagi kelulusan...Ish, sakitnya hati aku..Kenapalah ada manusia yang macam ni...Aku dulu pun pernah jugak mengandung, ramai jugak kawan2 kat kilang aku yang pernah mengandung tapi xdelah yang macam dia ni...Aku pun xtau dia ni spesis jenis apa...Dia buat semua orang benci kat dia....Pasal perempuan ni aku pernah cite dalam entry yang lama,yang dia menang untuk best employee awards...Tapi masa nama dia di umumkan semua orang "BOO" kan dia...Dua watak ni adalah orang yang sama...Korang mesti boleh bayangkan erk betapa bencinya orang kat dia...Tadi pagi plak dia datang kilang bawa bantal kecik...Katanya pinggang sakit, kena letak bantal baru ok...Yang sebenarnya dia nak menunjuk2 kat orang..Perut dia xbesor pun..Perempuan ni badan dia memang kecik, berat pun dalam lingkungan 35kg je...Memang sangat kecik...Lebih kurang macam bantutlah...Jadinya perut pun bukan besar lagipun baru je 2 bulan pregnant...Tapi lagak dia dah macam 9 bulan...
Entahlah aku pun tak tau nak cakap macam mana lagi..Apa yang aku tahu, aku memang bencikan dia...Hilang rasa hormat aku pada dia...Ini jelah celoteh aku untuk hari ni...