center

Sunday, July 31, 2011

Hari Pertama Berpuasa

Selamat Berpuasa..
Hari ni merupakan hari pertama berpuasa untuk tahun 2011... Setakat sampai pukul 0120 tengahari ni aku rasa ok2 jer.. Harap2 sampai lah petang yerk.. Dalam kepala otak ni dah fikir macam2 untuk juadah berbuka puasa petang ni.. Biasalah kalo puasa kan...
Di kesempatan ini aku nak mengucapkan selamat berpuasa kepada kawan2 semua.. Di harap ramadhan kali ini dapat memberikan lebih sinar kepada hidup kita semua... Amin...

Thursday, July 21, 2011

Anakku Demam

Hai semua... Rasanya dah lama aku tak mengupdate blog ni. Disebabkan kesibukan yang teramat sangat.. Ni pun curi2 sikit masa kerja..
Entry ni nak cerita pasal Luqman Hakimi demam.. Aduh dah 2 malam tak tido ni.. Mengantuk gila.. Akim demam teruk.. Asyik nak mengangis jer.. Selama ni kalo dia demam tak lah mcm ni, dia akan duduk diam2 je.. Tapi yang kali ni asyik nak dukung n melelak je..
Tension jugak tapi layankan je lah.. Malam td, tido nak berpangku jer.. Naik lenguh kaki n tangan, dah lah badan dia semangat.. Tapi ni pun dah susut sikit.. Dia langsung taknak minum susu... Makan ada la jugak walaupun sikit.. Dah bawa ke klinik tapi tak ok jugak.. Badan tak lah panas sangat tapi asyik menangis je tu yang buat mama n papa risau... Tak pernah2 dia demam macam ni sekali...
Nasib baik esok dah cuti dapatlah jaga akim dengan kerenah dia.. Kesian jugak tinggalkan dia dua hari ni kat pengasuh, tapi nak buat macam mana... Kerja terlalu banyak untuk di setllekan... Harap2 akim sembuh dengan secepat mungkin... Mama risau sangat2... sebelum ni dia seorang yang happy go lucky n aktif, sekali demam jadi macam ni plak..
Perancangan awal esok nakbawa akim gi jalan2.. Tapi dia dah demam gini mama rasa lebih baik biarkan dia berehat je kat rumah.. Papa pun setuju, so kita tangguhkan aktiviti nak jalan2 tu..