center

Thursday, September 29, 2011

Asam Pedas Ikan Kembung campur Bendi

Baca tajuk dah tau apa aku nak citer kan.. Okaylah, ni menu aku masak malam tadi untuk my hubby.. Aku xmakan tau, takut gemuk makan malam (poyo je kan).Xmakan malam pun still masih gemuk..
Oleh kerana malam tadi si kecil ku buat perangai mengada-ngada dia, jadinya ini je lah juadah dapat ku siapkan untuk my hubby tersayang. Biasanya aku akan masak at least pun ada dua jenis lauk. Tapi disebabkan kesuntukan masa aku cuma masak satu jenis jer tapi siap dengan sayur sekali.
My hubby makan dengan begitu berselera sekali. Yang sebenarnya dia memang makan banyak pun, xkisah pun lauk apa jer. Semua dia makan. My hubby ni memang xcerewet bab makanan ni. Masak apa jer pun dia akan makan dengan berselera sekali. Okay layan picture kat bawah ni erk..

Dah Berjaya

Hai... Rentetan entry sebelum ni.. Sekarang gambar dah bleh upload.. Blehla lepas ni selalu ber blog.. Dapat masuk gambar ni semangat sikit... Oklah malas nak cakap banyak.. Enjoy gambar kat bawah ni erk.. Ni semua adalah gambar2 yg pending selama ni... Semua diambil pada hari raya..


Gambar ni masa malam raya pertama. Beraya ke rumah Pak Itam my hubby kat Felda Lenga.. Susah betul nak snap gambar.. Budak kecik tu dah macam ulat, tak reti duduk diam.. Ni je satu2nya gambar yang dapat bergambar bertiga...



Ni gambar si kecik yang nakal. Dia nak mengaji lah.. Masa ni kat umah atok dia kat felda Lenga...



Ni sehari sebelum raya, kitaorang semua bertungkus lumus membuat dodol.. Dodol ni adalah resepi istimewa keluarga mertuaku.. Memang tiap2 tahun kitaorang menggodak dodol ni.. Tapi yang godak semua lelaki2 je lah.. Kita yang orang perempuan ni cuma tolong tengok jer..

Ni jelah dulu gambar yang aku masukkn.. Lain kali kita cerita lagi yer...

Sunday, September 25, 2011

Lama Giler X Update

Hai semua... Lama giler erk xupdate... Bukan apa, sibuk dah satu hal lah yg selebihnya malas.. Lagi pun kamera plak buat hal.. Xbleh nak upload gambar.. Xbest kn kalo citer2 tp xde gambar.. Entah knp ntah.. Sebenarnya banyak cite pending tp gambar xbleh kuar tu yang x buat entry baru tu...
Oklah aku nak try balik masukkan gambar kalo bleh nanti aku buat entry baru yer.. Ok, babai...