center

Sunday, October 30, 2011

Birthday Party Luqman Hakimi ke-2

Entry lepas mama ada cakap nak buat birthday party untuk si comel mama ni kan. Okay hari sabtu malam ahad lepas mama pun buatlah. Alhamdulillah ramai yang datang meraikan hari tersebut. Okaylah malas nak citer banyak-banyak, korang layan je lah gambar ni. Tapi abaikan gambar-gambar muka mama yang serabai tu yer. Xsempat nak mekap-mekap. Banyak benda nak uruskan.


Ni gambar papa tengah bakar sate. Papa pun busy jugak malam tu. Sampai xde masa nak layan tetamu. Sebelah papa tu Cik Pie (adik pada abah mama), kitaorang tempah sate ni dari dia lah. Sedap tau sate dia.



Ni pulak gambar mama, akim n abang ipar mama. Pak long akim ni jaga bahagian otak-otak kat majlis ni. Semua otak-otak dia yang bakar. Otak-otak ni pun kirim beli ngan dia kat kempas. Otak-otak ni pun sedap jugak, almaklumlah ota-otak kempas. Memang power.



Ni dia kek harijadi Akim. No.2 simbol kepada umur 2 tahun. Masa 1 tahun pun mama guna no.1. Mama akan gunakan simbol nombor untuk kek harijadi akim.



Masa ni akim dok sibuk nak gi ambik kereta n kartun doraemon yang ada kat kek tu. Sebab tu tangan dia papa pegang.



Acara tiup lilin. Bukan anak yang tiup tapi papa dia plak.



Tiba acara kemuncak potong kek.

Okay sebenarnya banyak lagi gmbar sepanjang majlis tu tapi ni jelah yang masuk kat sini. Yang lain nak upload kat FB plak. Apapun happy sangat malam tu. Tetamu pun ramai sangat. Alhamdulillah. Harap-harap lepas ni mama berkesempatan dan berpeluang nak menyambut harijadi Akim lagi. Tunggu kemunculan kek nombor 3 plak erk.

Thursday, October 27, 2011

HAPPY BIRTHDY to My Lovely Son


Hari ni harijadi Muhammad Luqman Hakimi yang ke-2. Mama doakan anak mama ni semoga panjang umur murah rezeki, ditetapkan iman dan moga2 menjadi anak yang soleh.
Sekejap je masa berlalu kini anak mama dah genap 2 tahun. Tapi harini anak mama ni xde kat umah, dia balik umah atok dia hari rabu semalam. Xpelah esok kita jumpa yer. Lagipun esok mama ada buat majlis sikit untuk akim. Yelah sementara anak bari sorang ni dapatlah buat, kalo dah 2 or 3 orang nanti xdapatlah nak buat setiap tahun. Masa umur dia setahun pun mama buat dan tahun ni ada lagi rezeki lebih mama ngan papa pun decide nak buat jugak. Alhamdulillah semoga rezeki anak mama ni bertambah2 yer.

Thanks to ANMUM



Hari selasa aku dapat 5 kotak susu anmum 500gram secara percuma. Sebabnya aku tukar pencedok susu tu. Thank to ANMUM sebab buat promotions macam tu. Ni yang aku makin seronok nak guna terus susu ANMUM ni. Semua pencedok susu aku simpan samapaikan hari tu ada promotion terus aku tukar semua. Jumlah maximum tukar hanyalah untuk 5 kotak sahaja. Ngan2 pencedok susu tu untuk tkr 5 kotak. Aku pun terus jelah hantar kat tempat nak tebus tu. Tup2 hari selasa ada parcel datang aku ingatkan apa rupa2nya susu tu dah sampai. Aku hantar dah lama sampai dah terlupa dah. Nasib baik dapat jugak. Tarikh promotion belum habis kat umah dah ada lagi pencedok, blehla tukar lagi. Untung2 dapat lagi. Tapi lepas ni nak guna nama my hubby plak sebab satu nama cuma bleh tebus untuk 5 kotak sahaja. Kepada sesiapa yang masih mencari susu untuk si manja anda blehlah try ANMUM ni. Actually aky memang dari menagndung lagi dah guna susu ANMUM ni. Dari ANMUM Materna sehinggalah sekarang ANMUM Essential langkah 3. Lepas ni pun akan teruskan guna ANMUM jugak. Finally, THANKS TO ANMUM.

Friday, October 21, 2011

HAri Sabtu

Hari ni hari sabtu 22 oktober 2011. Patutnya hari sabtu aku cuti tapi harini kena kerja plak.. Aduh bosannya.. Ni dah separuh hari aku kerja, kalo rajin sampailah petang tapi kalo malas kejap-kejap lagi aku blah lah..
Disebabkan kerja yang terlalu banyak dan oleh kerana company aku ni nak tukar sistem baru sebab tu lah aku kena kerja hari ini.. Terlalu banyak data yang kena masukkan dalam komputer.. Kesian kat my hubby kat umah kena jaga anak.. Xpelah bukan selalu pun kan.. hahahha..
Entry ni xde apapun saje jer nak update sebab dah lama sangat x update..
Okaylah bye2.. Nak sambung buat keje..

Monday, October 3, 2011

KIsah Malam Tadi

Sory ye semua...Just nak share kesedihan saya malam tadi.. Malam tadi akim jatuh dari buai.. Ya Allah punyalah terkejut masa tu.. Dia dah tido, Akim ni kalo nak tido mesti kena buai dulu dah tido baru angkat kat katil.. Xtau mcm mn dia bleh bangun n terus duduk. Disebabkan keadaan yang x stabil tu yang dia jatuh.. Yang buatkan aku terlalu sedih, kepala dia yang jatuh dulu n terhantuk kat atas simen.. Bunyi kuat sangat masa tu. Aku takut sangat, nasib baik dia nangis sekejap jer.
Tapi aku yang nangis lebih2 plak.. Bukan apa, sedih sangat sebab hentakan tu macam kuat sebab bunyi dia jatuh kuat sangat. Harap2 xde apalah yang berlaku ye nak.. Mama doakan anak mama ni sentiasa sihat selalu.. Harap2 xdelah kesan sampingan. Bukan apa, sebab melibatkan kepala. Tu yang buat aku takut sangat.. Hati mama ni x tenteram selepas kejadian malam tadi. Harini mama xde mood nak keje.. Rasa macam nak balik je tengok keadaan akim. Tapi masa hantar dia pagi tadi ok jer.. Macam hari2 biasa. Cuma mama ni jer yang terlebih risau.. Harap2 semuanya okay..