center

Tuesday, November 29, 2011

Majlis Kahwin - Amal


Nilah gambar masa gi keje kahwin rumah kawan aku Faridah Al-Akmal. Masa ni aku gi ngan Nadia Fasha. Yang diri sebelah aku pakai baju biru tu. Kat sana jumpa plak dengan Farahida, yang sebelah Nadia tu yang pakai baju warna ungu. Kitaorang ni semua satu sekolah masa kat Tun Perak dulu.

Tak dapat nak snap gambar banyak sebab sibuk sangat bergosip, sampai terlupa plak nak bergambar. Bila dah berjumpa ni macam2 lah citer yang kuar. Nasib baiklah aku x pegi ngan husband kalo tak jangan haraplah dapat bergosip. huhuhu..

Okaylah next month banyak lagi majlis kahwin kawan2 aku. Masa tu dapatlah jumpa kawan2 lama. Bleh bergosip lagi... Hahaha...

Thursday, November 17, 2011

Alahai Hakimi!!!


Tengok ni, entah sapa yang ajar dia pergi susun semua kerusi meja makan. Pastu dia bleh plak berdiri kat atas tu.. Mama xperasan pun.. Papa yang bising2..Mama terleka tengok tv.


Tengok lah muka dia mcm seronok jer dapat buat macam tu.


Masa ni papa marah dia suruh turun dari kerusi tu, tapi mulut dia plak yang bising. Dia bleh marah kita balik. Masa dia dah siap susun kerusi ni dia kata "mama, bas mama".

Ni lah dia Luqman Hakimi. Ada jer benda yang dia nak buat. Bukan apa mama takut dia jatuh. Yelah siap bleh berdiri lagi kat situ. Lagi plak kadang-kadang bila dia memanjat siap bleh menari2 lagi. Alahai anak mama!!!!

Monday, November 14, 2011

Kursus Punya Cerita

Hari sabtu lepas kan aku gi kursus yang aku citer tu.. Patutnya hari sabtu dan ahad tapi disebabkan hari ahad ramai yang taknak datang jadinya di postpone lah pada minggu ni. Bleh plak mcm tu erk.. Yelah hari ahad kan hari untuk keluarga ni plak kena dok dengar orang membebel jer. Xtau lah kena pergi lagi ke x.. Harap2 xpayah lah pergi.. Sungguh membosankan..



Ha, ni tajuk yang dibincangkan masa hari sabtu tu. Human Resource Management. Ni memang aku punya bahagian lah. So kena concentrate sikit walaupun bosan yang amat2..


Yang ni plak tajuk untuk hari ahad tapi disebabkan telah dibatalkan so mungkin tajuk ni akan dibincangkan pada minggu ni kot.

Harap-harap lah nama aku xtersenarai lagi.. Kalo gi kursus lepas tu ada kenaikan gaji aku ok jer. Tapi ni xde pun.. Apapun ilmu yang aku dapat akan aku gunakan sepenuhnya.. Terima kasih bos sebab sponsor aku gi kursus tu.. Mahal tau kursus tu, satu kepala RM2000.. Mahal kan.. 


Thursday, November 10, 2011

BosanNya....

Hari ni hari jumaat..Esok sabtu dan ahad ada kursus...Aduh bosannya.. Ini bermaksud minggu ni kena kerja 7 hari seminggu.. Kenapalah penganjur tu buat sabtu dan ahad.. Kalo buat jumaat dan sabtu ok lagilah.. Rasa macam malas jer nak pergi tapi kena pergi juga. Esok boleh xde hal, tapi hari ahad tu berat sikit lah.. Hari minggu biasanya kan untuk family, tapi minggu ni kena gi kursus pulak.
Bosan, bosan, bosan..