center

Monday, December 26, 2011

5S

Ni kursus terbaru untuk company aku.. Actually kursus ni dah setlle jumaat lepas.. Xsempat nak upload, harini macam ada masa sikit so aku update la entry ni..

Actually kursus ni berkaitan dengan 5S (sisih, susun, sapu, seragam, sentiasa amal). Semua orang tau kan konsep 5S ni. Xde apa yang menarik, sama jer macam kursus2 yang lain... Tapi harap2 semua orang kat kilang aku ni dapatlah mempraktikkan apa yang telah diajar. Konsep untuk mejayakan 5S ni bermula dari diri kita sendiri.

Ni adalah logo 5S yang telah ditempah khas untuk company aku. Cantik x? Ini adalah rekaan dari Kak Ain iaitu orang yang aku buat tempahan ni. Actually dia ni kawan aku masa sekolah dulu. Sekarang ni dia ada buka perniagaan untuk cenderahati & printing. So aku mintalah dia design kan dan inilah hasilnya.

Apapun aku n kawan2 sangat enjoy sangat menghadiri kursus ni. Sekarang ni setiap orang telah dibahagi2 kan zon untuk menjaga kebersihan. Zon aku senang jer.. Xteruk sangat. Aku plak jadi leader bahagian zon, berat jugak tanggungjawab tu. Xpelah, buat jer.. Untung2 ada rezeki dapat naik gaji.. hehehe...




Wednesday, December 14, 2011

Majlis Kahwin - Zaharah


Ha ni dia gambar masa majlis rumah Zaharah. Cantikkan pengantin tu.
Masa sampai ni xde sapapun kawan2 yang ada. Masa ni aku gi ngan husband jer.
Budak kecik tu xikut sebab dia tengah tido, so aku pun tinggal jelah kat umah mak mertua aku yang kebetulan ada buat kenduri. Di sebabkan xramai orang si dapatlah berposing dengan pengantin sekejap.


Ni plak gambar kat pelamin. Sebelah pengantin lelaki tu kawan Efanatrah. Kitaorang ni kawan2 masa sekolah kat Tun Perak dulu. Kebetulan terjumpa Efa kat sana.
Efa ni pun nak kahwin jugak tahun depan bulan 3. Tunggu jelah kad dia sampai.


Lepas kitaorang bergambar ni terus balik. Aku ada hal, Efa pun ada hal. Tapi masa makan sempat jugaklah borak2. Kawan2 yang lain xde nampak pun. Maby selepas or sebelum aku sampai dah ada yang datang.
P/S: Untuk Ibu Humaira, xde rezeki kita nak jumpa la. Insyallah lain hari dapat jugak kita jumpa.