center

Tuesday, November 13, 2012

Birtday Party Luqman Hakimi Ke-3

Hai.. Entry yang dah lama tapi baru nak update.. Sibuk n malas tu yang blog x berupdate.. Ok ni nak citer pasal birthday my hero haritu.. Mula-mula buat kat umah nenek masa hari raya haji tu.. Gambar xberapa banyak sebab sibuk sangat nak handle hero ni.. Ok layan gambar yer..

Ok ni kek akim yang first.. Masa ni sambut kat umah nenek. Masa order mintak kek gambar upin ipin tapi sekali amik dapat angry bird plak.. Orang kedai tu cakap gambar upin ipin dah habis..
Tapi permintaan birthday boy dia nak kek upin ipin.. Xpe mama n papa akan usahakan..

Muka-muka happy dapat makan kek.. Mak Uda melayan anak-anak buah nak potong kek..

Sebenarnya xjemput sesiapa pun sebab tu beli kek kecik.. Ingat nak sambut ahli keluarga jer.. Skali keluarga mertua adik aku kebetulan nak datang beraya malam tu.. So, ajaklah diaorang sekali join..

Ha, dapat pun kek upin ipin.. Ni kek masa nak sambut harijadi kat sekolah pada 7/11/12 haritu..
Actually mama nak buatkan akim kek no3 tapi disebabkan permintaan nak kek upin ipin so kek no 3 terpaksa cancell.

Ni plak kek free dari KFC.. Sebab amik pakage birthday party kat KFC.. Cute kan..

 Ni hadiah set chicky meal

 Tengok ni nak suh diri tengok depan pun xreti diam.

 Tiup lilin tapi api x padam2. Sampai mama yang kena tolong tiup sekali.

 Guru besar sedang memotong kek. Kanak-kanak tengah beratur tunggu giliran dapat kek.

 Antara goodies yang sempat diambil gambar. Banyak lagi goodies n free gift dari KFC. Tapi xsempat nak amik gambar sebab kanak-kanak semua dah xsabar.

 Ada 4 jenis permainan art. Hadiah set chicky meal.

Last picture. Kek free dari KFC potong kat umah sendiri malam selepas potong kek kat sekolah.. Potong ngan papa jer.. Mama malas nak bergambar.

Ok, selesai sudah bithday party yang dirancang. Memang terlalu happening sebab ramai kanak-kanak.. Tapi susah jugak nak handle kanak2 yang ramai macam tu. Mau berlendir ketiak. hahaha.. Anak sorang pun dah xterlayan ni lagi nak jaga macam tu ramai.

Tuesday, October 30, 2012

Kek Smurf

Semalam petang papa belikan dak kecik ni kek gambar kartun.. Kartun smurf..
Beli kecik jer untuk dia sorang.. Happy gak dak kecik ni dapat kek.. Tapi masih jugak cakap, ' mama kan akim cakap nak kek upin ipin '..

Aduhai, yelah nak nanti mama belikan erk.. Mama gi tempah untuk majlis akim kat sekolah minggu depan yer.. Sebenarnya kek yang sambut kat umah mak aku tu aku tempahkan upin ipin, tapi edible image upin ipin dah habis tu yang dia gantikan dengan angry bird..
Dia still happy tapi tetap nak jugak kek upin ipin..
So mama n papa decide nak order untuk next week jer.. Nak bagi dia puas hati..


 Nampak kan muka happy dia. Yelah balik jer dari taska papa bagi kek plak.. Uh, bukan main teruja lagi dia.. Dia suka tengok gambar-gambar kartun tu.. senyum jer memanjang..
Tengok rambut dia dah panjang sangat.. Last potong sehari sebelum raya.. Budak kecik ni memang susah sikit nak potong rambut.. Bila di tanya asik lah esok jer jawapan dia..

Ni la kek smurf tu.. Comel jer.. Kecik jer kek ni.. Macam cup cake jer saiz dia.. Harga pun murah jer dalam RM4 jer.. Papa beli kat kedai kek Fung Seng..
Kek untuk minggu depan belum tempah lagi.. Tengoklah kalo rajin petang ni gi tempah.



Sunday, October 28, 2012

Happy Birthday Luqman Hakimi !!! 3 Years

Entry ni patut buat semalam.. Tapi semalam sangat lah malas nak buka blog. 
Happy Birthday to anak bujang mama.. Dah 3 tahun dah umur dia yer.. Semalam xsambut sebab masing2 sibuk.. Tapi hari jumaat malam sabtu tu kitaorang dah sambut kat umah atok n nenek..

Gambar dalam kamera tapi kamera xbw harini.. si gmbr kita masuk esok je lah yer..
Sambut ala kadar jer. Sebab birthday party yang sebenar kitaorang plan buat kat 7/11/12 ni.. 
Kitaorang kali ni xbuat kat rumah pun.. Memandang Akim dah sekolah so kitaorang decide nak buat kat sekolah dialah..

So, bincang ngan cikgu-cikgu dia semua.. Cikgu besar cakap buat kat 7/11 ni sebab kebetulan minggu tu budak-budak semua dah habis periksa.. 
Xpelah walaupun lambat tapi mama n papa still buat jugak..
Kat umah atok n nenek haritu cuma potong kek jer.. Buat makan-makan sikit..

X panggil orang ramai pun.. Cuma ahli keluarga jer.. Kebetulan adik beradik aku semua balik.. 
Tu yang terus sambut sekali.. Patutnya semalam buat kat umah mertua plak.. Tapi disebabkan ada orang buat buat kenduri, mak mertua aku plak orang kuat.. Xpelah kita mengalah jer.. 
Tapi kesian jugak kat anak bujang aku tu, harijadi dia semalam xbuat apapun.. Kalo kat umah sendiri bleh jugak mama masak2 bagi jiran-jiran semua..

Xpelah.. Nanti minggu depan kita buat yer birthday party tu..
Apapun mama nak ucapkan Selamat Hari Lahir untuk anak mama..
Mama sayang kamu sangat-sangat nak.. Mama doakan kamu jadi anak yang soleh..
Murah rezeki n moga panjang umur.. 

Thursday, October 25, 2012

Salam Aidiladha

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA..
Ye ye esok raya.. Tak sabar rasanya nak balik keje.. Ramai jugak yang dah balik..
Walaupun kampung dekat jer tapi tetap rasa seronok nak balik kampung..

Tapi dalam keseronokan ni ada juga kesedihan.. Perkara ni berlaku tengahari tadi.. 
Waktu aku nak gi makan terngahari.. Tengah bawa kete tiba-tiba cermin kete meletup n pecah seribu..
Masa tu ya allah punya lah terperanjat.. 

Tapi alhamdulillah xde sebarang kecederaan.. Cuma luka-luka kecil jer..
Kerete telah pun selamat dihantar ke bengkel.. apa yang aku harapkan sekarang ni, kereta tu dapatlah siap harini.. Kalo x, xbalik raya lah aku.. Hu hu sedih nyer..

SALAM AIDILADHA untuk semua..

* mood: hati tengah risau n terkejut..

Friday, October 5, 2012

Salam Jumaat!!!

Sekejap jer kan dah hari jumaat. Hari sabtu ahad lagi sekejap..
Petang ni balik keje nak gi JB.. Esok sepupu sebelah abah aku nak bertunang..
Tapi papa tak pergi.. Papa keje esok.. So gi ngan atok n nenek.. Akim pun mesti lah ada erk..

Xtau gerak kul baper.. Pagi tadi call nenek dia kata tunggu adik aku sampai baru gerak amik aku n terus jalan masuk highway pagoh.
So untuk malam ni kitaorang tido umah kakak aku kat Senai.

Kiranya kitaorang pergi berenam lah. Adik aku n husband dia, atok n nenek, aku n akim.
Pergi xlama pun.. Esok lepas majlis habis kitaorang terus balik.
Aku of course lah balik umah mak aku sebab memang aku tumpang kete diaorang..
Nanti tunggu papa amik hari ahad. 

Monday, October 1, 2012

Jalan-Jalan Air Panas Sungai Grisek

Hari ahad lepas balik kampung.. Mula-mula ingat nak bawa akim gi mandi-mandi kat gunung ledang..
Tapi disebabkan papa tak berapa sihat, akim pun x sihat jugak.. Maka plan tu kira cancel lah..
Dah xjadi pergi kitaorang pun balik lah kampung..

Pastu duduk2 pagi ahad tu macam bosan jer.. Nenek kata pergi lah bawa akim gi mandi kat kolam panas sungai grisek tu.. Tak jauh pun dari umah nenek.. Dekat sangat-sangat.. 
Pastu papa kata oklah jom pergi, so pergilah kitaorang pagi tu..

Masa sebelum pergi tu akim macam dah xberapa nak ok sangat.. Badan dah mula panas. 
Tapi sebab dah berjanji maka kitaorang pun pergi jugak.. 
Cuma kitaorang bertiga jer yang pergi.. Nenek xnak ikut sebab nanti jap lagi nak gi jemputan kahwin.

Masa ni baru je masuk dalam air tu tapi dia dah ajak papa naik.. 
Mungkin badan xsedap tu yang dia ajk cepat-cepat naik tu..

 Sempat lagi dia buat peace bila nampak mama tengah ambik gambar.
PAstu masa ni dia sibuk ajak papa padang permainan.. Kawasan ni sebelah depan tu ada taman permainan..

 Dapat naik jer ni sementara nak tunggu buaian xde orang.. 

Ni dia dah buat muka letih n bosan sebab xdapat nak naik buai.. Biasanya dia akan naik gelongsor tapi sebab badan xsedap dia dok jer kat situ..
Tapi dia ada cakap nak main buai.. Lepas buai kosong jer papa pun terus naikkna dia kat buai tu.. Masa ni dah panas terik.. 

Dapat naik buai sekejap pastu dia terus ajak balik.. Mungkin dengan cuaca panas pastu ngan badan dia nak demam tu yang nampak macam dia bosan sikit.. 
Kalo biasa bila dia dah masuk dalam kolam tu dia memang xnak naik.. Nak berendam jer, bila ajak naik asik cakap nanti..
Tapi masa ni sekejap jer dia masuk dalam kolam tu.. Pastu dalam kete pun dia asik baring jer.. Mungkin masa tu kepala dia dah pening..

Akim plak demam..

Last week update papa demam.. hari ni plak update Akim demam.. Akim ni berjangkit dari papa agaknya.. papa alhamdulillah dah semakin ok.. Tapi belum pulih sepenuhnya lah..
Akim teruk sangat semalam satu hari dia muntah-muntah.. Sampai lembik badan dia..

Semalam nak bawa pergi klinik dia xnak.. Jadinya cuma belikan ubat jer lah..
Kebetulan semalam ada kat kampung.. Apalagi nenek ngan atok akim tu, mengelabah lah dia cucu diaorang demam.. Pastu atok pun cakap, xpayah bawa akim balik.. So bermakna harini akim xsekolah lah..

Atok kata sampai akim sihat betul baru boleh pergi sekolah.. Bukan apa takut berjangkit pulak kat budak-budak lain. Malam tadi balik pun macam berat hati jer sebab tengok keadaan akim macam tu.. 
Hiba rasa hati ni kalo tengok anak sakit...

Pagi tadi tepon nenek, nenek kata akim dah ok sikit.. Muntah dah kurang, panas pun dah kurang. Alhamdulillah.. Mungkin hari rabu nanti kalo dah ok bleh ambik akim balik.. Harap-harap nya anak mama semakin sihat n boleh ikut mama n papa balik umah n boleh pergi sekolah jumpa kawan-kawan.

Thursday, September 27, 2012

Papa Demam, Akim Selesema!!!

Hari papa dapat mc.. Sekarang tengah tido kat umah agak nya.. Yelah mesej dari tadi xberbalas-balas.. Xpelah rehat lah yer pa.. Malam tadi badan papa btul2 panas..
Dah lama xdemam sekali kena demam teruk jugak lah..

Akim plak kena selsema. nasib baik dia xmeragam malam tadi. Cuma air hingus tu meleleh jer.. Kesian btul tengok. Tapi alhamdulillah masaih aktif macam biasa. Dia tu bukan kira demam ke apa tetap nak melasak jugak.

Walaupun buah2 hati aku ni xteruk sangat tapi aku tetap susah hati. Yelah tengok buah hati kita x sihat kan mestilah susah hati.. Nak tido malam pun kena pastikan diaorang dah tido baru boleh tido.. Tu pun tido xnyenyak sangat. Yelah nak kena pantau jugaak kan..

Xpelah apapun mama doakan kedua-dua hero n buah hati mama ni cepat sihat.. Harap-harap balik keje petang ni demam papa dah beransur kebah. Akim plak nak kena bawa jumpa doktor or beli ubat jer. Tengok keadaan nanti macam mana.. Kalo serius bawa jumpa doktor.. Kalo x serius sangat cuma belikan ubat jer..

Love both of my sweetheart..

ok babai..

Tuesday, September 25, 2012

15/09/12 & 16/09/12 & 22/09/12 Mak Uda Kahwin

Ni entry pasal adik aku kahwin.. Banyak sangat gambar, so amik mana yang ok je lah. Ok, kita layan lah gambar erk.

 Ni adalah hantaran dari sebelah pihak perempuan. Total 21 dulang. Mula-mula kitaorang prepare cuma 15 dulang jer. Skali plak malam tu pengantin lelaki cakap dari dia ada 19 dulang.. Amik ko.. Mengelabah masing-masing.. Tapi alhamdulillah akhirnya cukup gak 21 dulang.

 Masa ni petang masa nak nikah.. Ni dalam bilik sebab tok kadi nak tanya n nak sign borang.
Yang duk atas kerusi kat belakang tu lah mak andam Mak Uda.

 Si bujang kecik tu sibuk je nak menyelit kat papa dia. Buat kecoh jer dia tu.

 Ni plak pemandangan kat belakang umah tempah orang rewang. bersepah-sepah kan barang semua..
Tu yang bersamping bagai tu abah aku lah.. Dia yang nikah kan Mak Uda harini, sama macama aku n kaka aku dulu. Dia gak yang nikahkan.

 Ni pemandangan kat balai tempat orang rewang jugak.. Bukan rewang apapun cuma kpek-kopek bawang jer. Belah malam baru orang lelaki masak.

 Hahaha nampak tu papa n abang ipar aku.. Diaorang ni kira orang sibuk jugaklah sepanjang majlis ni.. Masa majlis nikah diaorang sebagai saksi pengantin.. Tu yang masing-masing segak bergaya. dah semua plak nampak macam pengantin.

 Ni dia bunting yang ditempah khas. Gambar ni masa Mak uda tunang. Beza kan kaler kulit.. Hihihi.

 Ni masa hari majlis kat 16 September tu. Ni adalah sebahagia tetamu-tetamu yang hadir.
Macam-macam menu yang ada. Antaranya gulai lemak ikan masin campur nenas, udang goreng, ayam masak kicap, urap daun ubi, ikan keli masak cili, sambal goreng jawa, buah jambu, pengat ubi, nasi putih n nasi minyak.

 Huh 4 kanopi semua penuh.. kena tunggu giliran nak makan. Alhamdulillah ramai jemputan abah.

 Ni dia masterchef untuk makan pedamai. Segala menu n bahan-bahan adalah hasil dari chef ni.. Ni makcik aku.. Isteri adik mak aku. memang dari aku n kakak kawin dulu memang dia lah yang masak. Memang sedap pun masakan dia. Yang paling best sotong masak blackpepper.

 Ha ni dia ketibaan pengantin lelaki. Yang baju oren dok kat kerusi tu pakcik aku.. Suami adik mak aku.
Korang tau dia pau duit tol sampai lima bungkus.. Ish aje ler pakcik aku ni.. Memang selamber giler.
Apapun happening lah masa tu.

 Nipengantin lelaki tengah duduk nak tunggu orang bersilat. Aku pun xpasti ada x orang bersilat masa ni. 

 Tengok dah berpeluh2 Mak Uda. Sebab haritu memang cuaca panas giler. Tapi syukur jugak sebab x hujan.. Kalo hujan huruhara lah majlis.

 Ni dia kek Mak Uda.. Tema oren hitam.. Nasib baik kek oren putih.. Kalo oren hitam takut orang xmakan plak. Hehehe.. Memang tradisi dari aku dulu kek lima tingkat. Alhamdulillah semua orang dapat makan. Yang paling bawakh sekali tu dah ditempah oleh mak aku untuk kawan2 rewang dia.

 Masa untuk makan pedamai. Tengok muka penganti lelaki, 'macam best jer semua lauk ni'.

 Ni dia gambar family kitaorang yang serba oren tu.
Kitaorang 4 beradik. 3 perempuan 1 lelaki.. yang baju hitam tu kawan adik aku.. kira anak angkat mak abah aku lah.. Adik bongsu aku jer yang lum kawin lagi.. Yang lelaki kat tengah tu.

 Ha ni plak gambar kat umah sebelah lelaki hari sabtu lepas 22/09/12. Mak uda nampak gemuk lah pakai baju ni.

Upacara membaling gula-gula.. Khas untuk kanak-kanak tapi ada juga ibu bapa yang tolong kutip.. Aku n hubby pun tergolong sekali sebab hero aku tu xtau nak kutip. So aku n hubby lah tolong kutip untuk dia.

 Ni gambar aku, my hero, nenek aku n makcik aku. Makcik aku ni orang kanan mak aku masa majlis kat umah minggu sudah.

 Ni gambar family kami.. Tapi hubby n abah xde.. Abah tengah borak ngan kawan dia kat bawah. Hubby plak tukang amik gambar. Tapi gambar mak nampak separuh jer.. Apalah papa ni.

 Ni kek masa makan pedamai.. Kiut jer kek ni.

 Rombongan pihak perempuan tengah baca doa nak makan pedamai.

Patutnya gambar ni kat atas.. Tapi xpelah, ni rombongan pihak perempuan.. MAsa ni tengah berarak baru sampai. 

Oklah tu je entry ringkas aku ni.. Ada banyak citer lagi tapi buatlah entry untuk esok2 erk.. Karang esok2 dah xde entry plak kalo semua dah citer hari ni.

Entry Baru Setelah Lama Bercuti

Hi, dah lama rasanya x menulis kat sini.. Bukan sebab xde cerita tapi asal nak berceloteh kat sini jer ada jer perkara yang menggangu.. hihihi... Tiba-tiba harini tergerak plak hati ni nak update.. Kalo rajin hari ni adalah dua or tiga entry.. Tu pun kalo rajin.. Kalo xrajin esok-esok jer yer.

So entry kali ni sajer nak masukkn gmbr terbaru hero aku ni.. Ni sebenarnya gmbr2 masa sebelum raya n sampai latest punya gambar. Haritu tp xsempat nak update cerita raya so masuk je lah gambar kat sini erk..

Ni gambar masa puasa. Masa ni kitaorang tengah tunggu atok n nenek kat Masjid Muar sebab nak gi shopping raya sama2.

Masa ni seminggu sehari sebelum raya.. Balik umah atok n nenek.. Tolong kemas umah.. Ni Akim ngan Mak Uda. Tengah nak pasang tikar getah ni.

 Masa ni hari raya pertama sebelah petang. Ni kat umah nenek aku kat Parit Nawi.
Nampak budak kecik dua orang tu.. Yang perempuan anak kakak aku.. dia tengah main ikan dlm besen tu.. Ikan tu kitaorg nak bakar. Si Akim tu plak sibuk nak tengok gak.

 Ni plak malam raya kedua.. Sambut harijadi anak akak aku yang ke-2 tahun. Kek yang kecik tu aku belikan untuk Akim.. Sajer jer belikan sebab aku takut dia nak sibuk kan kek orang. Skali kek yang besar tu jugak yang dia nak potong.

 Malam tu memang ramai giler lah. Adik beradik mak n abah aku semua ada.. Penuh umah.
Kebetulan malam tu memang kitaorang buat barbeque.

 Ha ni masa petang 15/09/12 haritu..Haripernikahan Mak Uda iaitu adik aku (Yati).
Cer tengok budak berdua tu, bukan main lagi masa amik gambar erk. Sebenarnya budak berdua tu musuh tradisi. Xbleh berjumpa langsung, asyik nak bercakar jer kejenya.

 Ni 16/09/12 hari persandingan Mak Uda. Tengok dia bleh lagi duduk berdua macam tu. Lepas snap gambar jer terus bergaduh.
Masing-masing xnak turun dari pelamin.. Sampai kesudah budak berdua tu asik jer duduk kat pelamin.. sampai dalam gambar pengantin pun bleh dikatakan aja jer muka diaorang.. Suh turun dua-dua xnak turun.

Hahaha.. muka kepenatan.. Ni 17/09/12, sehari selepas majlis Mak Uda. Masa ni dia tengah tengok orang angkat balai.. Tiba2 tengok dia dah tido.. Kesian sungguh.. Muka comot tu lepas makan kek Mak Uda.
Terus tertidur kat tangga.

Tuesday, August 7, 2012

Happy Aniversary 4!!

Hari ni 08-08-12 adalah hari ulangtahun perkahwinan saya yang ke-4.. 
Alhamdulillah kami dikurniakan seorang cahaya mata yang akan menjangkau umur 3 tahun pada 28-10-12.
kami diijabkabulkan pada 08-08-08.

Happy aniversary mama ucapkan untuk papa. Terima kasih atas kasih sayang yang papa berikan selama ni. di harap perkahwinan kita ni akan kekal hingga akhir hayat.

Xsangka masa berlaku begitu cepat, dah 4 tahun kami bersama.. Segala kesusahan dan kesenangan kita telah tempuh bersama.. Di harap hubungan ni diberkati dan diredhai oleh Nya.
Tak tau nak celeberate kat ne.. Yelah bulan2 pose ni kan..
Xpelah makan kat umah je pun xpe yang penting mama n papa mengingati hari yang bersejarah ini.

Rasa macam xpercaya plak dah 4tahun kahwin.. Hehehe.. Apapun terima kasih pada papa atas segalanya..
Mama n Akim cukup bahagia bersama dengan papa.. Papa terlalu baik n sempurna bagi mama.

Okey layan gambar kahwin bawah ni yer:-

ni gambar masa batalkan air sembahyang. Petang hari jumaat 08-08-08.

Ni plak masa bersanding kat umah mama. Hari ahad 10-08-08.

Ni plak gambar masa majlis kat umah papa. Hari sabtu 16-08-08.

Ni gambar masa kitaorang gi cameron haritu. Kalo xsilap awal tahun ni masa Chinese New Year. Next year papa request nak gi sana lagi.. Sebab papa kata haritu pegi xpuas.

Oklah.. Itu je gambar nya pun.. Next year kalo ada umur kita bleh masuk gambar lain lagi.