center

Monday, February 13, 2012

Majlis Kahwin My Uncle

Ni majlis kawin pakcik aku.. Adik kepada abah.. Hari sabtu 11/02/12, kat Felda Keratong. Peh jauh gila nak pegi sana.. Tapi seronok jugaklah.. Kitaorg happening jer.. Yelah sesekali dapat kumpul ramai2.. Minggu ni pulak kat umah atok.. Okaylah layan jelah gambar ni.. Malas nak cerita banyak2..

 Dengan sekali lafaz termeterai sudah perjanjian antara Mohd Zamri N Nur Khairiah.

Upacara membatalkan air sembahyang.

Tengok muka pengantin lelaki ngan lelaki dalam gambar ni, sama x? Actually diaorang ni kembar. Boleh dikatakan kembar seiras.

Ni masa sanding. Aduhai pakcik aku ni nampak kaku sangat lah..

Ni lah budak yang banyak buat onar dalam majlis tu.. Last2 sekali bila dia jatuh tersungkur baru lah duduk diam.. Menangis sampai tertidur.. Ni lah dia HERO aku.. Tak sudah2 dia membuat onar..











Sunday, February 5, 2012

Wedding Saha & Rahmat

Hari sabtu 04-02-2012, aku gi wedding Saha n Rahmat kat bukit pasir.. Aku gi ngan Nadia Fasha. Sekali tiba sana ramai plak yang datang.. Datang jer kitaorang terus jer masuk bilik pengantin. Sempatlah bergambar ngan diaorg semua..

Ni lah dia.. Dari kiri aku, maya, nadia, fara n azi. Fisya ada tapi masa ni dia xnak gambar sebab anak dia taknak letak kat bawah. Dia nak berdukung jer.

Lepas kitaorang bergambar terus gi makan. Masa tengah makan tu ramai lagi yang datang. Kawan2 lelaki pun ramai jugak yang datang.. Masing2 muka dah berubah.. Yelah ramai jugak yang dah kahwin. Ada yang baru kahwin dan ada jugak yang dah lama kahwin.. Tapi aku rasa aku kot yang kahwin paling awal sebab aku tengok anak aku jer yang dah besar. Hahaha... Lama jugak kitaorang lepak kat umah Saha ni.. Sempatlah bergambar ngan pengantin..

Ha ni lah semua kawan2 yang hadir.. Seronok jugak dapat borak2 ngan diaorang. Teringat plak masa zaman sekolah dulu2..



Wednesday, February 1, 2012

Pagi2 Kena Bebel!!!!!

Cerita pagi tadi.. Pagi tadi hantar Akim gi klinik untuk cek biasa. Aku masuk keje kul 8.30 so 7.30 pagi dah terpacak kat depan klinik.. Skali baca rupanya klinik memang buka kul 7.30pagi tapi diaorang start cek kul 8.00 pagi.. Alamak takut xsempat jer nak masuk keje.. Bukan apa kalo lambat karang elaun hilang plak..

Aku dengan beraninya gi lah tanya kat seorang nurse tu nak minta cek awal.. Pastu dia tanya kenapa, aku pun cakaplah nak masuk keje ni.. Skali kena bebel plak dengan nurse.. Sabar jelah.. Kalo xbagi tu cakap jelah xbagi ni nak bebel2 plak.. Lagipun aku tanya jer bukan paksa dia pun untuk cek.. Hangin jugak pagi2 dah kena bebel..

Pastu nurse tu terus masuk bilik dia.. aku duduk jelah tengah bengang.. Nasib baik belum ada orang datang lagi.. Jap lagi dia kuar bilik terus panggil untuk cek.. Skali dah masuk dalam bilik dia pun minta maaf termarah2 tadi.. Mungkin angin dia xbaik agaknya.. Lantaklah.. Pastu dia pun cek akim macam biasalah.. Xlama pun cek sebab xde masalah apa.. Berat n tinggi semua ok jer.. Ubat cacing pun xperlu makan sebab nurse kata budak badan sihat so xperlu makan ubat cacing.

So, akhirnya ku keluar klinik dengan senyuman.. Sempat jugak masuk keje kul 8.30pagi.. Xpelah kena bebel pun yang penting dapat masuk keje tepat masa. Tapi tadi masa kene bebel tu dah siap cakap dalam hati, inilah last pegi klinik sini.. Lepas ni nak pindah klinik lain plak.. Tapi tu kata2 hati masa tengah bengang.. Apapun lagi 3 bulan kena datang lagi untuk cekup lagi.. Macam biasalah, sapa2 yang ada anak kecik memang inilah rutinnya.. Dari mengandung sampai lah budah dah sekolah baru habis cekup.. Tapi xpelah ini semua pun memang untuk kebaikan..