center

Wednesday, March 21, 2012

Papa Demam!!

Hari ni papa MC.. Dia demam, badan panas sangat.. Suara pun dah hilang. Mungkin sebab cuaca panas dan kurang minum air. Badan pun jadi panas. Haritu Hakimi demam, harini papa pulak yang demam. Aduh pening mama macam ni. Apapun harap2 papa cempat sembuh erk. Malam tadi sebelum tido dah makan ubat. Pagi tadi bangun, siap2 n gi kerja. Sekali dah tak tahan papa gi klinik. So dapatlah MC. Memang betul2 demam ni, sebab klinik tu susah nak dapat MC. Klinik panel lah katakan. Apapun harap-harap papa cepat sihat yer..

Wednesday, March 14, 2012

Luqman Hakimi!!!!

Tengok apa yang budak kecik ni buat... Ish geramnya mama.. Mama kat dapur masak dia boleh plak buat perangai kat ruang tamu.. Habis bedak tu dia buat main.. Sebelum ni takde pun dia buat hal macam ni.. Sengaja jer dia nak naikkan kemarahan mama tau..

Sabar jelah lah mama dengan hakimi ni tau.. Masa tengok ni dah tak terkata apa.. Tapi marahlah jugak.. Saja jer mama ambil gambar ni nak tunjuk kat papa.. Masa ni papa lum balik keje lagi.. Biar papa tengok sendiri perangai anak dia kat umah. Kalo cuma citer je takut dia tak percaya pulak. Apapun ni lah dia perangai Luqman Hakimi..

Nanti bila Hakimi dah besar, biar dia tengok sendiri apa yang dia dah buat masa kecik2 dulu..

P/S untuk anak mama (Hakimi) - Walau apapun yang Hakimi buat mama tetap sayang kamu nak.. Andai kata suatu hari nanti kamu baca diari mama ni, mama nak kamu tau mama terlalu sayangkan kamu nak..

P/S untuk Ibu Humaira - Masih ada harapan untuk jadi calon menantu ker? (ha ha ha)

Sunday, March 11, 2012

JUmpa Ibu Humaira..

Hari ni nak cite sikit kisah semalam.. Semalam aku gi wedding kawan aku Efa. Adalah jumpa kawan-kawan lama. Tapi dah sibuk berborak sampai lupa nak ambil gambar. Tapi dengan Efa adalah jugak ambik tapi dapat sekeping je. Yelah, pengantin kan ramai giler yang nak bergambar dengan dia.. Dapat sekeping sudahlah dari tak dapat langsung. Layan gambar bawah ni yer.

Selamat Pengantin Baru sahabatku (Noor efanatrah Bt Humumiri)
Cun kan Efa ni.. Tapi kurus giler Efa ni, nak dibandingkan ngan aku lah. Ha ha ha..

Dah lepas sesi bergambar, aku pun gi la borak-borak ngan kawan yang lain.. Azi, Maya, Fisya n Norana. Azi pun nak kahwin bulan empat ni. Dah dapat dah surat jemputannya. Insyallah kalo tak de aral apa-apa aku sampailah umah dia nanti. Norana pun tahun ni jugak, bulan enam kot kalo tak silap lah. Tahun ni memang ramai giler yang nak kahwin. Kawan kat kilang pun ada jugak. Tapi tak pe, yang mana sempat n tak de apa-apa aral sampailah aku kat umah diaorang semua.

Ok, dah puas borak-borak bujang aku tu pun dak panas bontot dah xtau nak duduk diam. My hubby pun ajaklah balik. Sebenarnya aku belum nak balik lagi sebab aku tengah tunggu seseorang. Tapi nak buat macam mana kan, bujang kecik tu dah buat hal.. Pastu aku pun salam-salam lah dengan kawan-kawan semua. Pastu masa tengan jalan nak balik ada dengar orang panggil nama aku. La, rupa-rupanya inilah orang yang aku tunggu-tunggu tu.. Ibu Humaira dah datang. Ya Allah rindu giler ngan dia. Lama sangat tak jumpa. 

Kebetulan pulak masa nak balik tu pengantin pun tengah berarak. si bujang kecik tu dah ternampak pulak bunga manggar pengantin. Dia kalo gi keje kahwin, tak dapat ambik bunga manggar tu dah macam cacing kepanasan. Jadinya kenalah tunggu sampai habis berarak baru boleh ambik. Aku apalagi dah dapat jumpa ngan Ibu Humaira tadi, terus jelah duduk berborak. Sempat jugaklah snap gambar.

Ha, nilah dia sahabat baikku. Ibu Humaira.(Bakal besan)
 
Ala muka aku nampak separuh je, sebab bujang ni dah besar panjang. Walaupun tak lama tapi dapatlah jugak berjumpa kan. Memang rindu giler lah ngan Ibu Humaira ni. Almaklumlah dah lama tak jumpa. Last jumpa masa majlis kahwin Fiza kat Panchor Tahun 2009 kot kalo tak silap. Masa tu Ibu Humaira lum kahwin lagi. Aku pulak tengah pregnant si bujang tu. Akhirnya dapat jugak jumpa kan. 

Oklah, dah banyak sangant cite ni. Apapun mood happy giler dapat jumpa kawan-kawan.

Tuesday, March 6, 2012

Lama x update

Hai, lama giler aku xupdate blog erk.. Sejak dua menjak ni sibuk banget.. Almaklumlah dah ada family ni macam-macam yang nak dibuat.. Baru-baru ni, my son demam.. So lagilah tak de masa.. Tapi sekarang dah ok dah.

Tapi harini aku pulak yang tak ok.. Rasa badan ni bisa-bisa.. Mungkin nak demam, tu yang badan semua bisa. Sekarang ni aku tunggu masa jer nak balik.. Dah tak larat sangat lah.. Nak balik n nak makan ubat n terus tido.. Akim tak payah amik dulu.. Nanti tak dapat rehat pulak.. Dah cakap dah dengan papa tadi, petang ni papa yang kena amik akim..

Tak tau kenapa dari malam tadi rasa sengal-sengal kat tulang. Bila pagi gagahkan juga bangun n siap-siap gi keje.. Kat tempat keje pulak rasa makin teruk. Papa suruh amik halfday jer td tapi malas lah pulak.. Keje banyak nak kena settle kan.. Apapun tengah buat keje tiba-tiba teringat pulak kat blog ni yang mungkin dah bersawang. So, update lah kejap.. Tapi cakap2 kosong jer.. Tapi x kisahlah dari lama xupdate..

Oklah aku dah bersiap sedia nak balik ni.. Badan makin lemah.. Nak gi klinik dulu.. Harap-harap x de apalah yang serius..