center

Thursday, September 27, 2012

Papa Demam, Akim Selesema!!!

Hari papa dapat mc.. Sekarang tengah tido kat umah agak nya.. Yelah mesej dari tadi xberbalas-balas.. Xpelah rehat lah yer pa.. Malam tadi badan papa btul2 panas..
Dah lama xdemam sekali kena demam teruk jugak lah..

Akim plak kena selsema. nasib baik dia xmeragam malam tadi. Cuma air hingus tu meleleh jer.. Kesian btul tengok. Tapi alhamdulillah masaih aktif macam biasa. Dia tu bukan kira demam ke apa tetap nak melasak jugak.

Walaupun buah2 hati aku ni xteruk sangat tapi aku tetap susah hati. Yelah tengok buah hati kita x sihat kan mestilah susah hati.. Nak tido malam pun kena pastikan diaorang dah tido baru boleh tido.. Tu pun tido xnyenyak sangat. Yelah nak kena pantau jugaak kan..

Xpelah apapun mama doakan kedua-dua hero n buah hati mama ni cepat sihat.. Harap-harap balik keje petang ni demam papa dah beransur kebah. Akim plak nak kena bawa jumpa doktor or beli ubat jer. Tengok keadaan nanti macam mana.. Kalo serius bawa jumpa doktor.. Kalo x serius sangat cuma belikan ubat jer..

Love both of my sweetheart..

ok babai..

Tuesday, September 25, 2012

15/09/12 & 16/09/12 & 22/09/12 Mak Uda Kahwin

Ni entry pasal adik aku kahwin.. Banyak sangat gambar, so amik mana yang ok je lah. Ok, kita layan lah gambar erk.

 Ni adalah hantaran dari sebelah pihak perempuan. Total 21 dulang. Mula-mula kitaorang prepare cuma 15 dulang jer. Skali plak malam tu pengantin lelaki cakap dari dia ada 19 dulang.. Amik ko.. Mengelabah masing-masing.. Tapi alhamdulillah akhirnya cukup gak 21 dulang.

 Masa ni petang masa nak nikah.. Ni dalam bilik sebab tok kadi nak tanya n nak sign borang.
Yang duk atas kerusi kat belakang tu lah mak andam Mak Uda.

 Si bujang kecik tu sibuk je nak menyelit kat papa dia. Buat kecoh jer dia tu.

 Ni plak pemandangan kat belakang umah tempah orang rewang. bersepah-sepah kan barang semua..
Tu yang bersamping bagai tu abah aku lah.. Dia yang nikah kan Mak Uda harini, sama macama aku n kaka aku dulu. Dia gak yang nikahkan.

 Ni pemandangan kat balai tempat orang rewang jugak.. Bukan rewang apapun cuma kpek-kopek bawang jer. Belah malam baru orang lelaki masak.

 Hahaha nampak tu papa n abang ipar aku.. Diaorang ni kira orang sibuk jugaklah sepanjang majlis ni.. Masa majlis nikah diaorang sebagai saksi pengantin.. Tu yang masing-masing segak bergaya. dah semua plak nampak macam pengantin.

 Ni dia bunting yang ditempah khas. Gambar ni masa Mak uda tunang. Beza kan kaler kulit.. Hihihi.

 Ni masa hari majlis kat 16 September tu. Ni adalah sebahagia tetamu-tetamu yang hadir.
Macam-macam menu yang ada. Antaranya gulai lemak ikan masin campur nenas, udang goreng, ayam masak kicap, urap daun ubi, ikan keli masak cili, sambal goreng jawa, buah jambu, pengat ubi, nasi putih n nasi minyak.

 Huh 4 kanopi semua penuh.. kena tunggu giliran nak makan. Alhamdulillah ramai jemputan abah.

 Ni dia masterchef untuk makan pedamai. Segala menu n bahan-bahan adalah hasil dari chef ni.. Ni makcik aku.. Isteri adik mak aku. memang dari aku n kakak kawin dulu memang dia lah yang masak. Memang sedap pun masakan dia. Yang paling best sotong masak blackpepper.

 Ha ni dia ketibaan pengantin lelaki. Yang baju oren dok kat kerusi tu pakcik aku.. Suami adik mak aku.
Korang tau dia pau duit tol sampai lima bungkus.. Ish aje ler pakcik aku ni.. Memang selamber giler.
Apapun happening lah masa tu.

 Nipengantin lelaki tengah duduk nak tunggu orang bersilat. Aku pun xpasti ada x orang bersilat masa ni. 

 Tengok dah berpeluh2 Mak Uda. Sebab haritu memang cuaca panas giler. Tapi syukur jugak sebab x hujan.. Kalo hujan huruhara lah majlis.

 Ni dia kek Mak Uda.. Tema oren hitam.. Nasib baik kek oren putih.. Kalo oren hitam takut orang xmakan plak. Hehehe.. Memang tradisi dari aku dulu kek lima tingkat. Alhamdulillah semua orang dapat makan. Yang paling bawakh sekali tu dah ditempah oleh mak aku untuk kawan2 rewang dia.

 Masa untuk makan pedamai. Tengok muka penganti lelaki, 'macam best jer semua lauk ni'.

 Ni dia gambar family kitaorang yang serba oren tu.
Kitaorang 4 beradik. 3 perempuan 1 lelaki.. yang baju hitam tu kawan adik aku.. kira anak angkat mak abah aku lah.. Adik bongsu aku jer yang lum kawin lagi.. Yang lelaki kat tengah tu.

 Ha ni plak gambar kat umah sebelah lelaki hari sabtu lepas 22/09/12. Mak uda nampak gemuk lah pakai baju ni.

Upacara membaling gula-gula.. Khas untuk kanak-kanak tapi ada juga ibu bapa yang tolong kutip.. Aku n hubby pun tergolong sekali sebab hero aku tu xtau nak kutip. So aku n hubby lah tolong kutip untuk dia.

 Ni gambar aku, my hero, nenek aku n makcik aku. Makcik aku ni orang kanan mak aku masa majlis kat umah minggu sudah.

 Ni gambar family kami.. Tapi hubby n abah xde.. Abah tengah borak ngan kawan dia kat bawah. Hubby plak tukang amik gambar. Tapi gambar mak nampak separuh jer.. Apalah papa ni.

 Ni kek masa makan pedamai.. Kiut jer kek ni.

 Rombongan pihak perempuan tengah baca doa nak makan pedamai.

Patutnya gambar ni kat atas.. Tapi xpelah, ni rombongan pihak perempuan.. MAsa ni tengah berarak baru sampai. 

Oklah tu je entry ringkas aku ni.. Ada banyak citer lagi tapi buatlah entry untuk esok2 erk.. Karang esok2 dah xde entry plak kalo semua dah citer hari ni.

Entry Baru Setelah Lama Bercuti

Hi, dah lama rasanya x menulis kat sini.. Bukan sebab xde cerita tapi asal nak berceloteh kat sini jer ada jer perkara yang menggangu.. hihihi... Tiba-tiba harini tergerak plak hati ni nak update.. Kalo rajin hari ni adalah dua or tiga entry.. Tu pun kalo rajin.. Kalo xrajin esok-esok jer yer.

So entry kali ni sajer nak masukkn gmbr terbaru hero aku ni.. Ni sebenarnya gmbr2 masa sebelum raya n sampai latest punya gambar. Haritu tp xsempat nak update cerita raya so masuk je lah gambar kat sini erk..

Ni gambar masa puasa. Masa ni kitaorang tengah tunggu atok n nenek kat Masjid Muar sebab nak gi shopping raya sama2.

Masa ni seminggu sehari sebelum raya.. Balik umah atok n nenek.. Tolong kemas umah.. Ni Akim ngan Mak Uda. Tengah nak pasang tikar getah ni.

 Masa ni hari raya pertama sebelah petang. Ni kat umah nenek aku kat Parit Nawi.
Nampak budak kecik dua orang tu.. Yang perempuan anak kakak aku.. dia tengah main ikan dlm besen tu.. Ikan tu kitaorg nak bakar. Si Akim tu plak sibuk nak tengok gak.

 Ni plak malam raya kedua.. Sambut harijadi anak akak aku yang ke-2 tahun. Kek yang kecik tu aku belikan untuk Akim.. Sajer jer belikan sebab aku takut dia nak sibuk kan kek orang. Skali kek yang besar tu jugak yang dia nak potong.

 Malam tu memang ramai giler lah. Adik beradik mak n abah aku semua ada.. Penuh umah.
Kebetulan malam tu memang kitaorang buat barbeque.

 Ha ni masa petang 15/09/12 haritu..Haripernikahan Mak Uda iaitu adik aku (Yati).
Cer tengok budak berdua tu, bukan main lagi masa amik gambar erk. Sebenarnya budak berdua tu musuh tradisi. Xbleh berjumpa langsung, asyik nak bercakar jer kejenya.

 Ni 16/09/12 hari persandingan Mak Uda. Tengok dia bleh lagi duduk berdua macam tu. Lepas snap gambar jer terus bergaduh.
Masing-masing xnak turun dari pelamin.. Sampai kesudah budak berdua tu asik jer duduk kat pelamin.. sampai dalam gambar pengantin pun bleh dikatakan aja jer muka diaorang.. Suh turun dua-dua xnak turun.

Hahaha.. muka kepenatan.. Ni 17/09/12, sehari selepas majlis Mak Uda. Masa ni dia tengah tengok orang angkat balai.. Tiba2 tengok dia dah tido.. Kesian sungguh.. Muka comot tu lepas makan kek Mak Uda.
Terus tertidur kat tangga.