center

Tuesday, November 13, 2012

Birtday Party Luqman Hakimi Ke-3

Hai.. Entry yang dah lama tapi baru nak update.. Sibuk n malas tu yang blog x berupdate.. Ok ni nak citer pasal birthday my hero haritu.. Mula-mula buat kat umah nenek masa hari raya haji tu.. Gambar xberapa banyak sebab sibuk sangat nak handle hero ni.. Ok layan gambar yer..

Ok ni kek akim yang first.. Masa ni sambut kat umah nenek. Masa order mintak kek gambar upin ipin tapi sekali amik dapat angry bird plak.. Orang kedai tu cakap gambar upin ipin dah habis..
Tapi permintaan birthday boy dia nak kek upin ipin.. Xpe mama n papa akan usahakan..

Muka-muka happy dapat makan kek.. Mak Uda melayan anak-anak buah nak potong kek..

Sebenarnya xjemput sesiapa pun sebab tu beli kek kecik.. Ingat nak sambut ahli keluarga jer.. Skali keluarga mertua adik aku kebetulan nak datang beraya malam tu.. So, ajaklah diaorang sekali join..

Ha, dapat pun kek upin ipin.. Ni kek masa nak sambut harijadi kat sekolah pada 7/11/12 haritu..
Actually mama nak buatkan akim kek no3 tapi disebabkan permintaan nak kek upin ipin so kek no 3 terpaksa cancell.

Ni plak kek free dari KFC.. Sebab amik pakage birthday party kat KFC.. Cute kan..

 Ni hadiah set chicky meal

 Tengok ni nak suh diri tengok depan pun xreti diam.

 Tiup lilin tapi api x padam2. Sampai mama yang kena tolong tiup sekali.

 Guru besar sedang memotong kek. Kanak-kanak tengah beratur tunggu giliran dapat kek.

 Antara goodies yang sempat diambil gambar. Banyak lagi goodies n free gift dari KFC. Tapi xsempat nak amik gambar sebab kanak-kanak semua dah xsabar.

 Ada 4 jenis permainan art. Hadiah set chicky meal.

Last picture. Kek free dari KFC potong kat umah sendiri malam selepas potong kek kat sekolah.. Potong ngan papa jer.. Mama malas nak bergambar.

Ok, selesai sudah bithday party yang dirancang. Memang terlalu happening sebab ramai kanak-kanak.. Tapi susah jugak nak handle kanak2 yang ramai macam tu. Mau berlendir ketiak. hahaha.. Anak sorang pun dah xterlayan ni lagi nak jaga macam tu ramai.